Pages

Nuffnang Ads

Wednesday 4 January 2012

Telinga Mata Dan Juga Mulut

Pagi ni macam biasa aku bukak FB, syok punya syok baca status kawan-kawan ternampak plak ada seseorang ni post satu link yang memburukkan seseorang yang lain.. Nak kata diorang tu kawan.. TAK MUNGKIN la kan, silap haribulan jumpa pun tak pernah.. Bukan nak bercerita pasal erti persahatan la kan kat sini hahaha.. Tapi aku hairan macam mana dia dapat keberanian nak kutuk seseorang.. Siap nak mem'bangang'kan dan lain-lain kat orang .. Hebat dia nih.. Agak nya terlebih makan ubat confident kot.. Masalah nya ada ke jual ubat confident?? haha

Masa tu macam nak komen jugak la kat post dia tu.. Tapi takpe lah, mungkin lain kali aje.. Atau aku post balik entry ni kat wall dia nanti.. >_< Kann..

Tapi apa kena mengena cerita si budak ni dengan tajuk kali ni.. Tak dapat agak ke? Macam ni la.. Telinga kan untuk mendengar, Mata untuk melihat dan Mulut untuk bercakap.. Ketiga-tiga ni penting dalam komunikasi sehala atau pun dua hala.. Tak dapat tangkap lagi? Haish korang nih..

Gini...

Siah:"Atan tau Atan, si 'sendu' tu mengandung, padahal belum nikah lagi, kesian kat mak dia" kata Siah pada Atan setelah nampak si'sendu' jemur kain dengan perut boyot..

Atan:"La yeker Senah pun cakap dia buncit, ish apa nak jadi la dengan budak tu" sambil geleng kepala macam la Atan bagus sangat..

Siah:"Tulah pasal.."



Selepas beberapa minit...

Atan:"Kau tau Peah, Si'sendu' anak si Joyah Kelabu tu ngandung anak luar nikah ish ish ish" geleng lagi..
 
Peah:"Pale hotak kau dia ngandung.!! Dia buncit sebab dah lama nganggur la, aritu dia tanya aku macam mana nak kurus.. Minggu depan dia nak mula kerja.. Hish Ko nih..."
 
Atan: "Lah yeker.. Hihi" sambil tersengih tahan segan..
  • Semua watak dan jalan cerita adalah ciptaan sendiri, tiada kena mengena dengan pemilik nama tersebut..


Hah ni la nama nya penyampaian maklumat yang salah.. Maklumat yang diterima tak cukup sahih untuk Atan sampai kan kepada orang lain.. Kalau la Atan siasat atau tengok dulu keadaan si'sendu' tu dengan mata kepala Atan sendiri mesti tak jadi kes macam nih kan.. Itu la penting nya deria mata nih.. Jangan asik dengar cerita orang, kalau dengar je takpe, ni siap percaya lagi dengan kata-kata orang.. Bertambah buruk keadaan bila Atan bercerita tentang benda yang Atan sendiri tak pernah lihat kat orang lain.. 

Melalui pendengaran iaitu menggunakan TELINGA memang bagus, TAPI akan menjadi lebih bagus kalau di sokong dengan menggunakan penglihatan iaitu menggunakan MATA, jika sahih seperti apa yang di dengar baru la boleh berita itu disampaikan dengan MULUT.. Itu pun dengan niat, iaitu untuk membawa kebaikan bersama.. Kalau tak, DIAM je lah.. 

Ada satu pepatah berbunyi 
"Buka Mata Pasang Telinga,Tutup Mulut Simpan Dihati".. 

Maksud: Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

p/s: Aku pun tak cukup baik lagi tentang hal sampai menyampai nih hihi...

1 comment:

YouSOF said...

Mendengar cerita, menyampaikan cerita dan menambah-nambah cerita.. Lumrah manusia spesis Atan tu.. Harap² kita tak terikut cara tu..

Speech is silver, silence is golden.