Pages

Nuffnang Ads

Friday 6 January 2012

Cinta Oh Cinta 2



Disambung..

Aku bukan lah pakar sangat nak bercerita pasal cinta ni.. Tapi bagi aku bercinta tu biar lah berpada-pada.. Lagi-lagi yang perempuan, kalau BF korang cakap I LOVE U ganda 26 ke, ganda 2 ratus 2 puluh 6 ke.. Toksah la percaya sangat.. Lagi-lagi kalau BF korang tu baru tingkatan Lima.. Hahaha..

Cinta Monyet VS Cinta Sejati..

Semua orang tau apa itu cinta monyet.. Iaitu bercinta pada usia muda, sekolah rendah lagi dah pandai cinta-cinta bagai.. Cakap pun tak betul lagi dah pandai ngaku ada BF...





"Eh taklah.. BF adik nama dia Faiz, bukan Naim lah.!"

Skrip di atas ni benar-benar pernah aku dengar sendiri.. Lepas dengar rasa nak pitam kejap.. Huhuhu..


Aku tak pasti la korang pernah bercinta zaman sekolah aka cinta monyet ke tak.. Tapi yang pasti aku pernah mengalami nya.. Hehehe.. Kantoi~

Tapi itu dulu.. Zaman jepun kot.. Haha.. Sekarang on the way ke arah yang lebih matang.. InsyaAllah...

Memang aku tak nafi kan ada keburukan dalam cinta monyet ni, tapi itu bergantung pada individu masing-masing la untuk bertindak..

Contoh-contoh tindakan yang tak wajar adalah seperti..

1) Bergayut berjam-jam di telefon lamanya..
2) Bermesej berjam-jam dengan banyaknya tanpa henti..
3) Berangan kahwin dapat anak ramai-ramai la kononnya nanti..
4) Bergaduh dengan kaum sejenis untuk rebut kaum bukan sejenis.. (bahasa mudahnya: berebut BF/GF la..)
5) Tweet sana VS post sini.. Bukan tak pernah jumpa pun..
Dan bermacam-macam lagi la..

Kalau la cinta monyet tu dimanfaatkan untuk...

1) Belajar bersama-sama iaitu bukan berdua.. Kalau bersama berdua boleh timbul fitnah kesudahannya..
2) Peransang jiwa untuk berjaya demi menjamin masa depan diri, keluarga dan juga pasangan.. Tanam dalam diri bahawasanya yang kita sebagai lelaki kena sara anak orang.. Itu kalau lelaki la, kalau perempuan, I have no idea..
3) Bertukar-tukar idealogi supaya otak mantap cekap dan... dan.. dan.. Err mana la tau nak lawan pidato ke kan... Hahaha..

Hah terbukti* lebih banyak keburukkan daripada kebaikan cinta monyet ni..

Cinta sejati yang aku kejar sekarang ni adalah cinta sejati kepadaNya.. Tiada yang sejati melainkan cintaNya.. Harap korang semua temui cinta sejati korang yer.. Sama-sama kita doakan..

*terbukti berdasarkan artikel ini.

p/s: Selain mengejar cinta sejati itu, aku rasa dan berharap tulang rusuk kiri yang aku jumpa pada tahun 2003 itu MILIKku..

Tapi ni kisah cinta kanak-kanak.. Kisah hal cinta dewasa plak??????????
Bersambung lagi.... Ke?





No comments: