Nuffnang Ads

Thursday, 26 January 2012

Sumpahan Protege Ramlah Ram???


Sedap ke suara aku sampai nak jadi protege Kak Melah kita nih? Ada kawan aku kata aku dah la suara tak sedap, lirik bersepah pulak tu.. Tapi aku ni cekal kan jugak hati tetap nyanyi depan kawan-kawan aku.. Bukan apa penghibur la kata kan.. Hahaha Dah aku jenis ceria pagi petang siang malam, nak buat macam mana kan.?? 

Bukan nak cerita pasal Kak Melah atau cerita pasal Mentor TV3, tapi nak cerita pasal Cikgu.. Hahaha.. 

Nak tau cikgu apa meh sini meh aku cerita meh..

Dalam banyak-banyak subjek masa sekolah dulu subjek apa paling korang tak suka sekali? If the next class subjek tu je korang mesti meroyan rasa nak telan panadol sepapan.. Kalau tanya kat aku mesti lah jawapan nya subjek Bahasa... Tak kira la Melayu ke Inggeris ke Arab ke semua tu susah bagi aku.. Maybe aku dilahirkan untuk Matematik kot.. Hahaha.. 

Suka mengira kata nya.. Sampai tiap kali pergi sekolah aku TERkira tiang elektrik sepanjang-panjang jalan dari rumah aku sampai ke sekolah.. Hah betapa taksub nya aku dengan nombor.. Pergi sekolah kira sebelah kanan, balik sekolah kira sebelah kiri.. Bosan kira tiang aku kira kereta kancil.. Bosan kira kancil maka aku pon ponteng sekolah.. Sebab terlalu bosan pergi sekolah.. Ops~

Berbalik pada subjek Bahasa yang aku tak suka tu, kali ni aku tak perlu belajar bahasa lagi dah TAPI kena mengajar Bahasa.. Ohohoi Tawaran yang paling kelakar pernah menggeletek aku.. Can u imagine that seorang yang tak suka Bahasa kena mengajar Bahasa.. Memang lingkup la pelajar tuh.. Tapi aku terima jugak tawaran tu sebab aku nak bayar bulanan mini Lambogini aku ni.. Kui3.. 













Apa yang aku alami masa mengajar taklah seteruk apa yang aku fikirkan.. Tapi agak sukar jugak la bila kena mengajar orang bukan melayu ni.. Sorang itik sorang ayam, Tapi kena bercakap dalam bahasa kucing.. Hah begitu la perumpamaan paling sesuai nak gambarkan situasi aku masa tu.. Tapi kenangan itu akan selalu ada dalam hati!! 

p/s: Pasang angan-angan nak honeymoon kat Korea >_<

1 comment:

YOUsoF said...

Kau ngedate dengan Kak Melah dekat PAS Cad ea?

Serius Cad aku sampai sekarang masih terkira-kira tiang lampu kat tepi jalan waljal aku tak minat math.. heheh


Pengalaman kau mengajar diaorang memang priceless Cad, bukan senang dapat peluang macam tu. Budak² macam tu aku anggap macam anak sedare je. Sweet la dapat ajar diaorang..