Pages

Nuffnang Ads

Saturday 28 January 2012

Pendiam VS Penyombong.??

Senang atau susah bagi seseorang untuk memulakan bicara adalah bergantung pada tahap keyakinan dan juga topik perbualan nya..

Terus terang aku katakan yang aku agak sukar atau lebih tepat lagi memang tak akan bercakap dengan seseorang pada pertemuan kali pertama.. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai sombong.. Atau pun pendiam??

Nah di sini aku nak simpulkan pandangan aku tentang hal pendiam VS penyombong nih..

Kenapa orang pendiam ni diam adalah sebab:

1) Takda apa-apa benda nak cakap - Selalu terjadi bila berjumpa orang yang tak pernah dikenali.. (kalau aku dua tiga puluh kali jumpa pun boleh senyap wat-wat bebal hahhaa)

2) Mahukan pihak yang lagi satu yang mulakan dulu - Orang jenis ni selalu nya memang nak borak tapi malu-malu kuceng..

3) Mulut berbau - Kes ni sadis tapi memang betul-betul boleh berlaku..

4) Takda mood nak berkata-kata - Mungkin masih bersedih teringatkan nasib Maya Karin pada awalan cerita Berembak Berindu.. Atau teringat akan Hamster dan Arnab di rumah..

5) Tak sekepala - Nah ini jenis aku!! Kalau jumpa yang sekepala gegak gempita dunia jadi nya..

No Enam baru je berlaku pada aku minggu ni...

6) Terdiam sekejap je - Tertengok peserta-peserta-peserta dan peserta Satu Pertandingan Jenaka musim entah ke berapa entah yang tak mengundang sedikit jenaka pun..

7) Takut salah cakap - Daripada cakap topik yang entah apa-apa entah lebih baik senyap kan..

Dan akhir sekali merangkap paling baik dari zahir nya, tapi paling dalam luka batin nya..

8) Tak dapat mencelah - Terlalu setia mendengar cerita-cerita kawan sampai membuat diri tak bercakap dek kerana tak dapat mencelah.. Opss~




“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

p/s: suka lagu Kak Melah diam-diam jatuh cinta!!

No comments: