Nuffnang Ads

Tuesday, 3 January 2012

Rumput yang meng'kurus'kan..

Seriusly bagi aku tahun 2011 banyak sangat benda yang tak best berlaku.. Bukan nak salahkan takdir, bukan nak salahkanNya.. Tapi aku nak salahkan diri sendiri - yang TING TONG nih.. Dulu dah elok-elok ada kerja, boleh plak fikir tak puas nganggur.. Bila dah nganggur baru la terfikir best nya kerja, boleh guna duit gaji tengok wayang selalu.. hahahaha.. Skang ni nak tengok wayang pun kena catu.. Tu belum fikir PTPTpu lagi tuh.. huhu adik aku plak tak sudah-sudah dengan dialog paling sadis di dalam dunia pengangguran ni.. "JELASKAN PTPTN ANDA".. Nak sepak, sayang.. Tak sepak plak aku yang sentap..!! Dalam pada sengkek tahap miskin tegar ni, tapi perut muncit jugak.. hahhaa Mana tak nya bangun pagi tinggal makan je.. Haish.. Nasib mak aku la dapat anak macam aku tahun 2011..

Tapi tahun 2012 harap-harap menjadi la aku nih.. Bukan apa tak sanggup dah tengok perut ala-ala ikan buntal aka liquid paper nih.. MUNCIT aka BOROI.. Dulu slim tak ingat dunia, makan banyak pun tetap kerengga.. Metabolisma tinggi katanya.. Mana yang mulut jahat diorang kata bela hantu raya.. Sentap hati ini..!! TAPI tahun 2011 ni la penyebab nya.. Hahahaha salah kan tahun 2011 plak, mana ada salahkan, cuma nak bagitau mula tahun 2011 la makan je tembam, makan je buncit, makan je tidur.. hahahah Kalau badan jadi sasa, otot ketul-ketul siapa yang taknak kan.. Tapi ketul nya satu je, kat perut.. Sampai adik aku kata "KURUS NYA DIA.. SAMPAI NAMPAK TULANG..!!" kata nya sambil menepuk one pack abang dia nih.. Walaupun kecik, mulut dia berbisa hahahhaha.. Dah abang pon sama opsss... Sayang kau Noi..
Bukan azam nak kurus la, tapi nak aktif je.. Taknak tidur melampau, enjoy terlampau.. At the same time boleh kurus apa, Victoria Beckham pun kurus pasal urus anak-anak tau, walhal benda tu orang tak pandang, dok sibuk senam, pergi gym la bagai..

Tips:

  • Padahal baca buku sambil goyang kaki ala-ala mesin OGAWA boleh kurus kan bahagian kaki apa..
  • Cuci kereta dengan penuh semangat walaupun kereta memang sedia kilat pun boleh kurus kan bahagian lengan apa..
  • Bertegang urat bercerita pasal martabat ke pasal sinetron ke pastu senyum sorang-sorang boleh buat muka kita exercise tau.. VVV kata nya.. hahaha

So lepas ni kita nak buat sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh supaya dapat manfaat dua dalam satu, pakej tak ternilai.. Pasni kalau ada yang praktis then tak berjaya jangan cari aku yer..

Dengan semangat yang baru, tahun ni aku nampak pelik skit.. Orang lain nganggur tanam anggur, tapi aku nak tanam RUMPUT.. hahaha rumput karpet.. Memandang kan rumah aku yang laman nya perlukan rumput yang banyak dan perlu di selenggara tiap bulan.. Di tambah pula aku yang tak reti nak guna mesin rumput nih, maka

Di suatu pasaraya

Aku : "Abah, apa kata kita beli benih rumput karpet nih.." kata ku sambil buat muka kagum bijaksana..
Abah : "Ok.." muka selamba..
Aku : "Kalau depan rumah kita semua rumput ni kan best" sambung ku sambil sengih..
Abah : "Berapa harga tu?"
Aku : "RM13 je" sengih lagi...
Abah : "Okey kau bayar"
Aku : ?????????

Walaupun abah tu abah aku, tapi kata-kata dia serupa 2 kali 5 macam adik aku.. Tapi hati Cun..

Then hari ni aku try tanam rumput tuh.. Eeee tak sabar nak tunggu rumput tu hidup, harap-harap menjadi supaya tahun ni tak macam tahun lepas penuh dengan malang, malang yang berbau..

Sekurang-kurang nya ada jugak menda nak dibuat selain belai Bulat ngan Noneng (hamster) dan bagi makan ikan laga... Kui3... Mana tau boleh kurus sebab bongkok-bongkok tengok rumput.. muahahahah Benih ni kena siram dua kali sehari dan harus dibajai..


Selamat mencuba..

No comments: