Pages

Nuffnang Ads

Friday 6 January 2012

Cinta Oh Cinta 3

Disambung lagi..

Ada yang berminat ke baca entry cinta oh cinta yang meleret nih? Huhu.. Hope korang semua (macam ramai je) dapat ambil iktibar dari leretan cinta oh cinta ni okey.. Bukan jiwang sangat pun entry nih.. Hehehe..

Mula-mula dah cerita pasal Metafora sebuah kisah cinta dengan guna perkataan bunga kumbang tangkai dan baja.. Haish Mana la ada lagi kes macam tu zaman sekarang serba canggih nih.. Ke ada terjadi kat korang, GF korang cakap dia bunga @ BF korang cakap dia kumbang?? Kalau ada sila kongsikan pengalaman korang okey kat sini.. Hehe..

Cinta monyet dan bla bla bla..








 

Okey kita mulai..

Hah sekarang kita bercerita hal dewasa sikit.. Bukan yang tu lah.. Haish korang nih.. Hahaha.. Otak siapa yang kuning.. Aku ke korang?? Tett abaikan..

Bila dewasa sikit mestilah kita bercakap tentang jodoh kan.. Almaklumlah umur meningkat, gaji berkepok, takkan nak hidup solo lagi.. Lagi-lagi lelaki bujang, sampai bila nak makan nasi bujang, minum air bujang dan tidur kat tilam bujang kan..

Ada lah aku tengok video ceramah nih, pasal tips cari jodoh.. Mesti korang pun tahu jugak nih..


Salah satunya.....
-Kalau nak cari si Penghafaz Quran - pergi la ke kelas hafazan
-Kalau nak cari Pakar ekonomi - korang masuk la kelas ekonomi sama..
Dan macam-macam lagi la..

Tapi zaman sekarang cari jodoh kat internet je.. Bukan aku nak cakap cari kat internet ni tak bagus.. Mana tahu diorang online sementara tunggu Azan.. Hehehe.. Tapi Kebarangkalian korang dapat pasangan yang baik di tempat yang baik adalah lebih tinggi jika nak bandingkan kat internet nih.. Diulangi yer, Kebarangkalian korang dapat pasangan yang baik di tempat yang baik adalah lebih tinggi jika nak bandingkan kat internet nih..
Tapi mungkin jugak kebarangkalian ni boleh berubah bila ramai yang hipokrit di luar sana.. Ala-ala talam banyak muka la.. Hahaha Opss larikk~


Aku tertarik kat kata-kata nih....

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

Korang faham apa yang aku faham tentang ayat tu? Meh aku buat sinopsis sikit.. Kalau salah betulkan yer..

- Selalu nya pertanyaan seseorang itu melambangkan pemikirannya.. Sebab apa yang dia fikir itulah yang dia akan tanya.. Dari situ kita boleh nampak kan.. Nak bagi contoh ke? Haish malas lah..

-Adab ni pulak macam kereta la.. Kalau bersih, kita nampak cantiknya.. TAPI kalau kotor, kita nampak la buruknya.. (suka hati aku je sama kan dengan kereta.. muahaha..)

-Jawapan-jawapannya pulak membawa maksud kita tak boleh dengar dari jawapan-jawapan nya sahaja kerana sesetengah orang yang berniat jahat nih akan memberi jawapan yang telah bersalut DUSTA.. Haish ini sungguh bahaya!!

p/s:Kan sekarang kecoh pasal Awang Hitam.. Kesian yang nama nya Awang.. Dan kesian jugak pada aku yang Hitam..

-TAMAT-

No comments: