Nuffnang Ads

Monday, 30 January 2012

Jenjalan



Tepat jam pukul 12.10pm aku terus call si dia nak bagitau yang kitorang jadi keluar dating jam 12.30.. Sebab sebelum tu Emak aku ada bagitau nak ajak keluar jugak, nak buat macam mana Emak kan Emak kita so kita kena la lebihkan dia daripada orang lain kan.. Last-last Emak aku kata tak jadi pulak.. Nak kata aku anak Emak? Eh suka hati la kan.. Hahaha.. Memang terang lagi bersuluh yang aku ni anak Emak..

Hah sambung cerita tadi aku ni tak kisah nak deal ngan dia akhir-akhir waktu.. Masa tu si dia cuma ada masa 20 minit je nak bersiap, tapi aku tahu itu sudah memadai bagi dia, dia dah memang ready made cantik dah.. Pakai la ape pun tetap nampak cantik.. Hahah kalau si dia baca confirm dia terkedu kejap sebab aku tak pernah puji dia cantik depan-depan..

Sebenar nya aku yang bersiap lambat.. Bukan apa nak tunggu deodoren kering dulu kalau tak selagi tu la tak selesa, tambah pulak bilik aku cuma guna mini kipas beli kat Nilai 3, tu yang lambat tu.. Kui3..

Saat yang di nanti tiba, perjalanan menuju ke rumah si dia memakan masa kurang dari 7 minit kalau pandu mini lambogini aku la.. Skema habess.. Bukan apa sekarang kan zaman jobless, mana la mampu nak bayar saman tiga ghatos, cukup la sekali dulu hampir-hampir di saman sebab buat u turn di tempat yang tak boleh u turn.. Masa tu betul-betul lepas shopping baju raya habes tiga ghatos, takkan nak kuar lagi tiga ghatos kot.. Huhuhu sampai skang aku agak kureng suka ngan angka TIGA.. Kui3..

Dalam 2 minit pemanduan mini lambogini tu, si dia call bagitau yang adik-adik si dia bersama seorang teman adik dia yang datang dari KL nak join sama.. Masa tu aku terfikir nak bawak ke mana la diorang nih.. Walau pun aku ni nama je rakyat johor, tapi tak boleh nak di harap sangat bab-bab nak berjalan ni.. Yang aku tau dua tempat je, TODAYS dan JUSCO.. Hahaha sebab tu je la tempat aku tonton wayang dengan si dia tiap kali kitorang keluar.. Agak buntu la saat tu..

Bila sampai je aku pun cakap yang aku nak tengok wayang kat diorang dan diorang kata nak follow.. Itu je yang mampu aku fikir masa tu.. Hahaha.. So kitorang gerak dua kereta, mereka menfollow dari belakang.. Menfollow?? Apa itu menfollow?? Haish.. Haha buat-buat faham sudah.. Mula-mula cadang nak tengok Sumpahan Kum kum, tapi tak jadi sebab dah sering sangat terbosan, tertak paham, tersumpah seranah, termenyesal dan bermacam-macam TER lagi bila tengok cerita melayu nih.. Maka kitorang nekad tengok cerita Underworld.. Tiga daripada kami tengok Underworld, dua orang lagi tengok Sumpahan Kum Kum..

Meh aku terjemahkan sikit tahap ke BEST an cerita Underworld ni.. 4/5 bintang la tahap best nya.. Tu pun sebab ada scene borak-borak sekejap.. Kalau semua aksi kompom best gila.. Aku sangat sangat sangat saran korang tengok cerita nih.. Jangan jadi cam aku yang tak sempat nak tengok The Darkest Hour.. Huhuhu tapi kalau korang memang jenis suka tengok filem spesis tu lah.. Aku tak paksa.. Dan paling buat aku teruja bila sebelum tayangan bermula ada pulak iklan cerita Resident Evil yang baru.. OMG OMG OMG.. Aku teramat suka akan cerita tu.. Kalau nak copy semua cerita tu meh mintak aku meh.. Hahaha

Habes cerita tu aku kitorang singgah kedai buku Harris jap, Pergh memang tak sangka ramai sungguh yang beratur untuk buat bayaran lebih 5 kaunter penuh dengan pelanggan, sekurang-kurang nya ada 7 atau 8 orang yang beratur di tiap kaunter.. Masa tu si dia mencari buku tentang manik.. Dalam pada tengah mencari tu aku dapat mesej dari si dia, 'Kat mane tu? Asik hilang je..'.. Hahaha.. Aku TERpergi tempat majalah landskap la awak.. Hahaha..
Aku memang amat berminat tentang landskap nih, cuma semangat nak buat je belum ada..

Masa tu memang lapar azkaban punya tahap la, terus la konon nya nak balik singgah tempat makan selalu, bukan restoran singgahselalu untuk makan.. Tapi tapi dan tapi diorang masih nak berjalan-jalan lagi.. Maka pening aku pun kembali, dalam fikiran aku aku cuma tau g laut je masa tu.. Hahaha.. Tapi macam tak logik pulak nak pergi sana sedangkan rumah kitorang tak sampai satu jam pun kalau nak pergi laut tu.. So dengan kelam-kelam minda, guna teknik imbas kembali aku pun pandu ke Danga Bay.. Fuhh sampai jugak tanpa sesat, kalau sesat buat malu rakyat Johor je, almaklum la orang KL ikut dari belakang..

Bila sampai je takda benda lain dah aku fikir.. Cuba panjang kan leher sepanjang mungkin untuk cari kedai makan.. Untuk makluman semua ini la kali pertama aku pergi.. Dulu memang pernah tapi bukan aku yang drive dan Danga Bay masa tu tak lah semaju sekarang.. So dari mata terus turun ke perut bila nampak anak ikan, eh silap, bila ternampak ikan bakar Hahaha.. Masa tu fikir berapa la agak nya harga ikan tu, so aku mati kan je selera kepada ikan bakar..

Datang si pelayan restoran untuk catat order kami.. Saat paling getir bila nak pilih makanan.. Dalam menu tu takda pulak nasi puteh + telur bungkus pulak yang macam selalu aku order.. Yang ada cuma bla bla bla harga RM65, bla bla bla Harga RM70, bla bla bla harga RM120..

Bila dah pilih:

Pelayan:"Nak Siakap ke Pari?"

Kami:"Siakap" Lepas tanya sorang demi sorang yang ambil masa 2 minit aku rase..

Pelayan:"Kangkung, Bla Bla, ke chap chai?"Masa tu aku buat-buat tak dengar je almaklum la aku mana la makan sayur..

Kami:"Chap chai.." kata si dia laju..

Pelayan:"Sotong ke Udang?"

Kami:"Sotong.." kata si dia lagi

Kami:"Nasi puteh lima k" tambah aku bila tamat sesi order mengorder..

Nyum nyum nyum nyum..
Dan pada mula takda sape makan kerang.. Hahaha.. Baru ku tahu betapa leceh nya makan kerang bila di restoran.. Kalau kat umah memang sangat takda masalah..
Last-last semua guna skill masing-masing makan kerang itu.. Tergelak kecil dalam hati masa tuh.. Kui3..


Bila dah selesai santapan itu kami pun ambil peluang bergambar bergambar bergambar dan terus bergambar.. Ternampak pulak si uncle seeker, tapi aku harap dia tak kan perasan yang kitorang nak mintak sign atau tangkap gambar dia.. Persolan nya, Cantik ke dia?? Hahhaha

So si adik-adik dan kawan mereka kata nak layan bola jap, so aku hantar la pergi ke Restoran RosMerah untuk diorang layan bola.. Aku dan si dia singgah rumah aku jap, mintak restu bakal Mak Mertua konon nya.. Kui3.. Sempat lagi Emak aku bungkus kan keropok lekor untuk si dia.. Itu la sikap Emak aku, akan memang ada saja bungkusan untuk si dia tiap kali aku bertemu nya.. Tak kira la kecil atau besar, tapi yang kelakar nya Emak aku akan mintak kuih raya dari si dia bila mejelang hari raya.. kelakar kan mak saya.. Tapi memang tiap-tiap tahun memang tak miss lagi si dia akan buat kan kuih untuk Emak saya.. Tapi tahun nih tak tau lah macam mana.. Huhuhu..

Hari itu la perjumpaan kali terakhir aku dengan si dia sebelum si dia pergi ke KL.. Dan hari ni saat ini si dia dah pun berada jauh.. Huhuhu.. Tapi aku taknak la bersedih sebab perkara itu bukan la perkara buruk, aku percaya pada konsep jodoh dan takdir.. Apa yang aku mampu buat adalah setia.. Bak kata Imran Ajmain 'Kerana setia yang mencipta bahagiamu'.. Huhuhu..

p/s: Biar jauh, biar dekat, asal hati tak tergugat!!

1 comment:

CahayaPetunjuk said...

memg lah ko anak mak..mak ko yg lahirkan ko kot..xkn ko ank gajah plak kan..^^