Nuffnang Ads

Wednesday, 4 January 2012

Cinta Oh Cinta..



Dinda:"Kanda oo kanda, kalau dinda jadi bunga.. Kanda nak jadi apa?" kata dinda kepada kanda nya..

Kanda:"Susah nya soalan tu dinda.." Sambil kerut-kerutkan dahinya.. "Hah kalau dinda jadi bunga mesti la kanda jadi baja nya.." kata si kanda dengan muka bersungguh..

Dinda:"Kanda ni tak sporting la.. Ada ka patut jadi baja pulak, jadi la kumbang ke, tangkai nya ke.. Huh" rajuk si dinda konon nya minta di pujuk..

Dengan selamba Si Kanda pun menjawab..

Kanda:"Dinda tau tak kalau kanda jadi kumbang, kumbang tu hanya tahu hisap madu bunga nya saja.. Dan kalau Kanda jadi tangkai nya pula, selalu nya bunga akan layu sebelum tangkai nya.. Sebab tu Kanda pilih jadi baja yang akan menyuburkan bunga walaupun dia terpaksa hanyut di tanah penuh pasir di akar si bunga.." terang si Kanda dengan panjang lebar..

Dinda:"Hihihi"

Walaupun cerita ni tak berapa logik, aku harap korang faham apa isi yang apa aku nak sampaikan.. Bukan apa zaman sekarang ni macam-macam kes rumahtangga yang kita dengar di dada-dada akhbar.. Tu belum kes anak dara lari ikut lelaki.. Haish macam-macam..

Sambil fikir nak taip apa lagi, aku terdengar satu jeritan mak aku...

"Acaddddddd.. Kau wat apa dalam bilik tuh.. Nak Pukul Satu nih.. Amek adik kau sana... Beli sayur sekali!!"

Haish potong stim plak Mak aku nih...

"Siap kau Noi" kata aku kepada diri aku......
Sambil ketawa kenapa la aku buat entry Cinta Oh Cinta nih.. Hahahahha

Bersambung.....

p/s: Suka giler dengar lagu Berdua Bersatu..

No comments: