Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 1 December 2015

Acadd Kahwin !

Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum



Majlis Bertunang
Bertarikh 23 March 2014
7 berbalas 9 dulang hantaran

Hantaran Lelaki
Kek
Kain
Buah
Telekung
Buah
Simbolik Mas Kahwin
Hamper

Akad Nikah
29 May 2015
Sebentuk Cincin Emas
Lepas Solat Asar
9 berbalas 11 dulang hantaran

Kek
Buah
Kasut
Beg Tangan
Jam Tangan
Sirih Junjung
Baju
Rantai
Coklat

Majlis Perempuan
30 May 2015

Majlis Lelaki
31 May 2015

Begitu la sedikit sebanyak butiran perkahwinan Acdd
Tips untuk bakal pengantin Lelaki?
Satu je : SABAR
Hehehe





Tuesday 4 November 2014

Apa itu FLYER ?

Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..

Flyer, pamphlet atau leaflet adalah satu bentuk kertas pengiklanan yang bertujuan untuk penyebaran atau pengwar-waran kepada umum mahupun melalui atas talian.

Flyer boleh digunakan oleh seseorang individu, perniagaan mahupun organisasi tertentu untuk :
  • Memasarkan produk atau pun servis
  • Mencari ahli sesuatu kumpulan
  • Pengiklanan tentang sesuatu acara seperti konsert, majlis ilmu dan lain- lain



https://www.facebook.com/benzinprinting





Di Benzin Printing Solutions (BPS) Kami menyediakan perkhidmatan pencetakan seperti Banner, Bunting, Sticker, Kad Undangan Majlis, T Shirt, Majalah, Flyers, Business Card Dan lain-lain..



PBS beroperasi di Kota Tinggi Johor namun tempahan boleh dibuat di seluruh Semenanjung Malaysia juga Sabah & Sarawak.


Nota Kaki :
Acadd Pening Tengah Buat Kertas Soalan Ujian Untuk Pelajarnya..



Wednesday 29 October 2014

Terkena Racun - Malah Lebih Teruk

Hi,
Hello
&
Assalamualaikum..


Jeng jeng jeng setelah dekat 18 abad tak update any entry akhirnya Acadd diberi kekuatan untuk sambung berceloteh ala mak esah (bukan nama sebenar)..

Tajuk entry kali ni dah serupa macam hurmm kliseyyy sangat, ala-ala nasi kangkang 
(MALAH LEBIH TERUK LAGI)..



Cerita nye bermula begini.. 
Tahun 2013
Di suatu hening, sedang Acadd memandu, Fadz Maembong cakap

" Aku bela arnab Anggora, aku ingat nak beli Sugar Glider pulak la !!" kata Fadz Maembong kepada Acadd..

Dengan muka paling mintak kaki Acadd pon berkata
"Eyukkkk !!"

Acadd merupakan manusia yang paling dibenci Fadz Maembong bila berbicara pasal BIN ATANG.. hahahha...




Setahun lebih berikut nya..

" Aku bela Sugar Glider, aku ingat nak beli Gecko pulak la " kata Acadd selamba

Dengan muka selamba jugak Fadz Maembong cakap

" Aku rasa ko demam la Cadd !!"
" Aku macam hilang kawan aku yang nama nya Acadd !!"
" Aku macam keluar dengan diri aku sendiri !!" Tambah Fadz Maembong lagi..


Acadd tanpa hirau kan Fadz Maembong berkata

"Jom pergi Petshop !! "





Nour Suchi Qaseh - Bukan nama sebenar 
Boleh panggil Cici Pipi Mimi Morandes





Seekor sg betina yang jinak namun belum di bonding dengan baik oleh kerana Acadd sekarang kerja 4 pekerjaan dalam satu hari Fuhhhh... penipu..

Seperti nya nak bercakap pasal pemakanan sugar glider ni.. Tapi maybe lepas Enam Bulan kot, tu pun kalau cici ni panjang umur.. Hahaha..


Cici yang cute miut ni dijaga rapi oleh tuan nya yang cute jugak, namun Cici kata Cici bosan.. Macam mana Acadd dengar Cici cakap? Hurm  Akibat terlalu obses, maka Acadd pon dapat dengar suara suara hati pets beliau..

Suara-suara itu seolah-olah macam mintak Cici dikahwinkan.. 
Maybe tuan dia yang nak kawen sangat dah..


Maka, 



Terbeli la seekor Jantan gagah yang menggeleber..
Nama belum diberi, tapi panggil Roberto je dulu hahahha.. Main2..







Sebelum ni bermacam2 petua Acadd baca untuk membonding sg kesayangan, antaranya tidak meletakkan sebarang "kubu" atau tempat perlindungan supaya sg dapat senang diselenggara tanpa perlu paksa keluar dari "kubu"..

Acadd cuma letak bekas makanan bersaiz besar yang kosong.......

Maka berkongsi "katil" la mereka..


It's look like cupcakes..

Acadd yang dulu nya "kurang" ajar minat memelihara binatang akhirnya di "racun", 
malah lebih teruk "sakit" nya dari orang yang me"racun"...









Nota Kaki :
Moga Cici lahirkan "Milla Jovovich", "Britney" mahupun "Edward Cullen" di masa akan datang..
Ececeeeh  dah ada nama cucu~










Wednesday 26 March 2014

PERCETAKAN BENZIN

Assalamualaikum..
Hi,
&
Hello...



Kesibukan melanda diri ku..

Jika berkelapangan sila la "LIKE" page Acadd OK!

wedding card | business card | flyers | brochure | sticker | banner | bunting
majalah | box/kotak | signboard | paper bag | t-shirt
dan lain-lain
 


Alhamdulillah ada sedikit penambahan dari segi kualiti servis dari kami..


Dapatkan Wedding Card dari serendah 28 Sen Sekeping !

Business Card 10 KOTAK Pada Harga Cuma RM95 !

Lokasi : Kota Tinggi, Johor ..





Nota Kaki : 
Sedang Menukar Profession & STATUS.. Ececee~



Monday 18 November 2013

be inspired !

Hi
Hello
&
Assalamualaikum..




Kata nyaa..
Baru-baru ni Acadd menyertai sebuah program motivasi yang kata nyaa membincangkan tentang anjakan paradigma..

Nak share la sikit kat kamu orang..




Kata nya untuk membolehkan yang nama nya anjakan paradigma ni :

1)      Yang pertama ialah memahami ape itu hakikat sebenar KEJAYAAN..

Acadd difahamkan kejayaan bukan la pencapaian untuk sesuatu yang kita idamkan.. Oleh sebab yang demikian Acadd pon pening.. Jap nak fikir ayat..



Sambil kerut-kerut dahi dan garu-garu kepala Acadd teruskan hujah nya yang betul ke tidak..




Dengan erti kata mudah kejayaan bukan lah untuk mengejar target semata-mata, seperti gaji yang besar,dapat banyak A dalam UPSR, kereta mewah mahupun bini yang cantik.. Opss..
TETAPI kejayaan utama yang perlu kita kejar ialah kejayaan membina diri kita yang lebih baik setiap hari..



Acadd ulang..

Hakikat sebenar Kejayaan ialah
“MEMBINA DIRI SAYA YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI”



Maka dengan itu akan ada penambahbaikan dari segi sikap, sifat, tingkah laku, tabiat dan tak ingat.. Lalalaa.. Kata nyaa..

Secara tidak langsung masalah atau pun target dapat diatasi atau dicapai dengan kembang hidung nya..

Betul bukan kepalang bila Acadd fikir dari kecik lagi sebuah kejayaan adalah bila kita dapat sesuatu yang kita inginkan..
Budaya barat agak nya.. Kata nya..

Habis teknik pertama iaitu –hakikat sebenar Kejayaan-




Acadd : “Hakikat sebenar Kejayaan ialah bla bla bla.... “

Krik krik..

Sambil buat muka Acad pon berkata :”Lucu la kau Cadd !”


take note




Tapi bukan senang nak mencapai kejayaan sebab :

ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi


 .. Opss..
Nah kita sambung yang kedua iaitu :
2 ) Cabaran.


Eh lupa pulak Acadd nak cerita perbezaan antara Kerja & Kerjaya la tadi.. 
Eh lupa lagi, sekarang waktu kerja..
 Hahaha..




Nota Kaki :
Acadd makin suka senyum sejak subsidi gula di mansuh kan