Pages

Nuffnang Ads

Friday 17 February 2012

Tuntutan Cermin Pecah





Patah Seribu VS Robek Hatiku??


Seperti yang kita tahu Patah Seribu adalah lagu nyanyian Shila Hamzah manakala Robek Hatiku pula dendangan Mas Idayu..

Apa kena mengena dengan entri kali ni?? Nah itu persoalan nya.. Tajuk-tajuk itu cukup sinonim dengan tahap jiwa lara aku bila cermin tingkap aku pecah..

Cerita nya begini..

    Dalam pada empat orang rakan aku menuju ke destinasi pilihan, kami ternampak pekerja sedang giat memotong rumput kira-kira 200 meter di depan..

Maka..

Aku : "Aku memang fobia sikit lalu sebelah mesin rumput nih" kata aku sambil cuba nak menaikkan cermin tingkap bahagian penumpang depan kerana pada waktu itu rakan ku yang memandu..

Rakan-rakan ku : "........" diam saja..


Setelah dua saat selesai menaikan cermin tingkap

"Pangggggggggggggg!!!!!" Bunyi seolah-olah dipukul dengan kuat dari luar..

Cermin retak yang dah dikeluarkan..

Tanggapan buruk aku selama ini terjadi..
Cermin yang jernih tiba-tiba kabur tak menembusi langsung..


Maka kami memberhentikan kereta..

Cermin kereta retak seribu, hati aku robek tersiat-siat.. Huhu..

Cermin tak berkecai sebab cermin aku ber tinted.. Cuba bayangkan kalau tak ber tinted?? Ahhhh taknak bayangkan..!!



Dan paling mengejutkan terjahan batu yang berjaya buat cermin aku retak betul-betul di posisi kepala.. Aku bersyukur tindakan aku dapat selamatkan diri dari kecelakaan itu..

Cermin yang sebelum nya teguh, menjadi lembik bila ditolak dengan jari.. Tak sampai 3 minit cermin tu luruh ter'benam' dalam pintu kereta..

Dan kawan aku berkata, andai aku yang bawak kereta.. Dan dia berada di tempat aku.. Ditambah pula dia jenis yang suka buka tingkap luas-luas.. Apa akan terjadi pada dia.. Taknak jugak aku bayangkan..!!

Cermin tingkap di'telan' pintu kereta..

Apa tindakan aku kepada tukang mesin rumput itu??

No comments: