Nuffnang Ads

Saturday, 18 May 2013

Sempat Jugak !




Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti pada hari Ahad yang berbahagia ini, dan kepada yang bekerja cam Acadd, didahulukan dengan ucapan Selamat Melaksanakan Tanggungjawab yang diberi..


"Sape tulis perenggan kat atas ni Cadd ?"

"Kenapa ?"

"MACAM ORANG LAIN TULIS !!"



Baru-baru ini aku berkesempatan la pergi ke >KEPAK di ANGSANA<.. Tujuan tak lain tak bukan ingin cari kerja.. Kerja apa ? Kerja yang lebih baik !
Ringkas, Padat, dan Meletop !


Kenapa meletop ? 
^__^
Masa aku kat kepak tu aku sempat jugak.....



Erkk kenyang Alhamdulillah..
(sempat jugak makan free, jiran, diorang ada gotong royong)
Okey sambung..


Masa aku kat kepak tu aku sempat jugak la round 2 3 kali lalu booth yang sama, ada 2 3 booth yang menarik perhatian aku.. Permata Hijrah & Booth kesihatan..

Opcos la aku nak try pemeriksaan percuma 3 minit untuk mengesan resdung.. At first agak segan la jugak, nak tanya pun segan.. Last2 kawan aku yang terus cakap.. "kak, dia ni nak try !" Rasa nak backhand muka dia masa tuh.. Aku tau la nak cakap sendiri.. Mungkin dia bengang aku amik terlalu BANYAK MASA dia..
Kesah pulak aku !


Duduk je kat kerusi, perawat tu bagi aku dua putik kapas yang dah dibasahkan dengan cairan ubat.. Suruh sumbat dalam telinga.. Aku buat la apa disuruh dan tunggu giliran sementara perawat tadi layan pesakit lain.. Dan si perawat tu tanya, ada bunyi meletop ke tak dalam telinga? Memang aku tak rasa pape pun kat telinga yang kena sumbat tuh.. Dalam hati bercakap, dia ni nak bunuh aku agak nya nak suruh meletop bagai..




Lepas tu baru dia explain tadi kaedah mengesan melalui telinga.. Dalam hati cakap lagi, ala ni je ke?, nak lagi nak lagi !! Pastu perawat kata, okey lepas ni kita kesan melalui hidung.. Benda paling aku nantikan hee..

Perawat bagi serbuk dalam sudu kecil suruh aku sedut.. Dalam sekelip mata hilang serbuk tu.. Tak sangka hidung aku mampu sedut Muahahha.. Minit pertama okay, minit seterus nya rasa dah mata berair dan nak bersin.. Perawat tu suruh aku kira bersin berapa kali.. Tengah-tengah hidung tak selesa mata berair, ada pulak kawan aku beli biskut disaluti coklat.. Memang kurang sopan betul, time aku sihat walafiat takde plak nak offer camtu, getus hatiku..


Okay tiga kali aku bersin.. Menurut perawat tu kalau 3 kali tu normal la, kalau lebih dari 3 mungkin resdung tu teruk.. Betul kata perawat, betul la aku, tipu kata perawat tu, tipu la aku.. muhehehe..


Panjang pulak entry kali ini..
Hmmm








Dipendekkan cerita aku sempat singgah periksa BMI dan tekanan darah
BMI : 24
Tekanan Darah :120/70

Dan dapat sabun free, hah sabun free.. Nasib aku tulis post ni, kalau tak, sure aku lupa aku ada sabun dalam beg !!

Selesai dapat bende free, Acadd boleh lompat tinggi !


Selesai semua tu, aku terfikir, aku cuma sempat hantar satu resume, itu pun kat booth agensi pekerjaan..



Nota Kaki :
Sempat jugak menjamah nasi ayam penyet osemm !





3 comments:

Anonymous said...

nasik ayam ke y jual nasik ayam

Yusof Ngadi said...

haa sama la prsose rawatan percuma 3 minit yg aku buat depan menara jam kota ni cad.. aku bersin 3 ke 4 kali ek, harap² tak teruk la.

Gambar ketiga nampak macam kau baru lepas nangis kena marah dengan cikgu disiplin dan lagi satu pipimu kelihatan tembem hehehehe

arshad muhamad said...

AnOnimosepundek : Sekilas bahasa kau, aku dapat teka jantan ke betina..

Usop : Jarang kena marah ngan cikgu disiplin, kena rotan selalu ! Tembem itu aset.. Haha