Nuffnang Ads

Thursday, 2 May 2013

Cerita Sendu







Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Dalam pada dingin petang yang membuai-buai menyampaikan lagu rindu di bawah pohon bukan cemara dan cermin di tangan.. 

Acadd dikejutkan dengan kedatangan seekor ular bersaiz kayu mop !
Dari spesis apa memang Acadd tak tau, Acadd cuma tau ular senduk, ular lidi, dan ular anaconda aje !

Dalam tidak semena-mena dan tidak disangka-sangka, macam tau-tau je Acadd pon mendapatkan sebatang kayu mop !

Dengan semangat yang kejap ada kejap takde tu Acadd cuba menghalang ular terbabit dari terus memanjat pokok yang diyakini dari jenis Palma de al bukek !

Lalu terkuis sana terkuis sini, terjinjit kaki sana, terkepit peha sini..
 Nah belum sempat ular itu jatuh ke bawah, dengan segala macam ketakutan Acadd terkejut dek gara-gara ular itu menyergah !

“Haaaaa !!“ gitu kata nya

(aku cukup pelik kenapa orang yang nama nya Acadd itu tak lari masa kejadian)


Belum sempat ular bersaiz kayu mop itu menerjah ke arah Acadd lalu muncul seekor lagi yang bersaiz lengan Anuar Zain..

Kali ini lebih bengis lebih garang dari yang bersaiz kayu mop tadi..


Bukan kata Acadd, ular saiz batang mop tadi pon terkejut sama..


Menggelabah betul Acadd pada waktu itu..
Memang tak sempat nak tengok cermin lagi masa nih..
Manakan tidak, ada dua ekor haiwan pemangsa yang amat digeruni di depan mata!

Tiba kat sini Acadd macam lupa pulak jalan cerita nya..
Ngeh3

Tapi dalam masa dua atau tiga minit tu kira macam sessi zoom muka masing-masing la..
Alaa macam sinetron tu laa..

Serius, Acadd buat-buat jatuh atau terjatuh aku pon terlupa, yang aku sedar memang Acadd terbaring pada waktu nih..



Bersambung~ kalau rajin



Nota Kaki :
Hmm genap 25 dah Cadd.. Sweet 17 manjang k !

No comments: