Nuffnang Ads

Sunday, 26 May 2013

Pengapit VS Penyempit ?



Hai,
Hello,
&
Assalamualaikum..


Pada sabtu yang dirahsiakan tarikh nya atas sebab tertentu, aku jadi la pengapit si pengantin .. Bukan la banyak aku nak share tapi agak seksa la jugak nak buat muka plastik selagi majlis berjalan.. Nak2 ada calon besan mak aku.. Calon besan mak aku ?? Ngeh3
InsyaAllah..


Mempelai dua orang ni aku bukan nya ada ikatan persahabatan kental pun, cuma aku ni kenalan pada anak sedara diorang aje.. Aje? Atas permintaan dan juga atas kegatalan diri sendiri nak naik pelamin pakai baju sama, aku gigihkan jugak.. This the only way that i try to do to dekat2kan diri dengan pihak perempuan punya kakak ! 

Malam berinai yang selalu ditunggu, diganti dengan majlis akad nikah dan bacaan tahlil. Masa ni aku terfikir, camne kalau ini majlis aku, tempat yang sama, kedudukan pelamin, khemah, tempat akad nikah.. Hmm sama ke ? Ubah sikit laa haha.. 

Walaupun aku ada ramai abang yang dah berkahwin, tapi aku tak de peluang nak tengok secara dekat dan fokus waktu akad nikah, duk sibuk tangkap gambar aje dulu.. Mudah kalau takde masalah, dan pasti akan susah dan tergendala bila kelam dan kabut.. Ingatan tulus ikhlas untuk diri sendiri..

Maaf la aku takde gambar pengantin aku cuma ada gambar dari ihsan google je, tu pun gambar pengapit ! Ihsan google ?? Will be..


Gambar penyempit, ihsan dari yahoo la pulak ?


Pengantin sampai, aku pun sampai.. Segak lah bakal pengantin, nampak seri mempelai.. Antara kata lain, aku taknak over shadow muahaha.. Tak mampu nak overshadow la yang betul !! 

Selesai majlis akad nikah maka sah lah jadi suami isteri, aku pulak yang tension, do u know why, no, i do not know why.. Hurmm..
Sesi bergambar


~Tamat lah Majlis akad nikah~




Tepat pukul 1.40p.m aku sampai kat rumah bersanggah.. Pengantin dah siap semua dah, aku je yang lambat, dengan samping tak pakai lagi.. Sampai je terus dapat duit TOL.. Hahaha.. Menda yang aku sendiri tak fikir akan kena buat.. Isy malu betul.. Bila fikir balik bukan ada orang tengok kita pun, kita bukan tumpuan orang ramai.. Kulit pun kulit coklat asia, memang takde orang pandang la haha.. Rakyat jelata sangat..

Sampai tol yang seakan-akan tol ayer keruh tu, aku nampak budak-budak.. Hmm.. Emak budak pun ada.. Bapak budak Takde ! Adat rumah orang, tetamu kena la hormat, tak gitu ? Sengih-sengih mintak duit.. Berjuta tangan telah menghalangku.. Ouch !! Mintak tol lah, haish.. 

Teringat pesan orang, jangan bagi banyak2 kat depan pintu, takut kat depan pengantin lagi ramai penghalang haha.. "Duit habess!" Aku cakap.. Hahhaa.. 

Lepas aje tol pertama, tol kedua dengan muka yang sama barangkali, disertai orang yang agak berusia menahan.. Erk "Hah yang ni duit nye kena besar" Kata makcik tu.. Dengan bangga aku cakap "Okey !" Mula-mula bagi seringgit, dan aku tambah lagi seringgit sambil cakap "Hah ni duit lebihnya !" Lebih kurang camtu la dialog aku..

Dekat pelamin, pengantin perempuan ditutup muka nya depan kipas.. Ala-ala kungfu kipas gitu.. Nah tol terakhir dari mak andam.. Kali ini tol nya berbeza sebab disampul isi nya.. Teka berapa ? 

Selesai aje menepung tawar, merenjis mawar, rampai dan segala macam nya, tiba waktu makan.. Hee first time duduk kat sebelah pengantin waktu makan damai.. Tetap tahan muka plastik.. *Tengah makan takleh cakap

Pengantin tukar baju dan terus ke Jeti Tanjung Balau untuk shoot outdoor.. Hee rasa nak jugak ! Nak jugak ! Nak jugak ! Pangg satu kali !

Banyak betul pasangan pengantin yang amik gambar kat situ.. Okey la ada jeti, batu batuan, pokok, jambatan, laut dan juga pengapit osemm tukang beli air hahaha..





Nota kaki :
Kaki lenguh, so takde nota kali ini..


No comments: