Pages

Nuffnang Ads

Thursday 7 February 2013

Alahai Lahai..




Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Tadi aku berkesempatan tonton HKL2 : Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

Pada pendapat aku filem ni sangat sesuai ditonton bila anda baru sahaja bangun tidur, ada penyakit insomnia ataupun pembenci tegar Genre filem ala-ala Harry Potter..


So kepada kipas susah mati Harry Potter, Merlin & juga  The Legend Of Condor Hero anda adalah tidak dialu-alukan.. Ngeh3..

Mungkin lain orang lain pandangan.








SINOPSIS

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda.
 
 
 

 
 
 
Nota Kaki:
 Selepas HKL2, Rock Oo Pula Menyusul..
Any Comment??






No comments: