Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 6 March 2012

Maka Berlambak-lambak lah Filem Yang dot dot dot...


Setahun ada 52 minggu, seminggu ada dua Filem Tempatan, bersamaan 104 filem setahun.. Semput la si Kaki Wayang macam aku nak naik turun panggung.. Semput di dada, senak di poket.. 


"Eh cadd, kau tengok cerita melayu ke??" kata acad kepada acad..


"Haish harus lah tengok, pastu kecewa.. Kan kita sokong industri tempatan.." tersenyum bangga..


"Habis tu cadd kau nak tengok cerita 'Tujuh malam berturut-berturut kubur berasap 2' ke?? (bukan filem sebenar)"


"TAK!!!"





"Wajib tayang dua filem tempatan setiap minggu - Finas
06/03/2012 3:55pm

KUALA LUMPUR 6 Mac — Dua filem tempatan akan ditayang setiap minggu di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini berikutan pelaksanaan skim wajib tayang baharu.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, skim baharu itu diperkenalkan kerana berlaku lambakan filem tempatan pada ketika ini, perkembangan yang mencerminkan pertumbuhan positif dalam industri perfileman tempatan.

Sehingga Mac ini sahaja, katanya, Finas menerima hampir 20 filem yang menunggu giliran untuk ditayang.
"Saya jangkakan bagi tahun ini hampir 70 filem tempatan akan dihasilkan dan jika kita masih mengamalkan skim wajib tayang yang lama sudah pasti akan berlaku situasi di mana filem yang telah siap dihasilkan akan mengambil tempoh yang lama untuk ditayangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Naguib berkata, sebanyak RM125 juta keuntungan menerusi kutipan filem pecah panggung dicatat tahun lepas dan 21 peratus daripadanya adalah menerusi hasil kutipan filem tempatan.
Beliau berkata, enam daripada sepuluh filem tempatan pada 2011 merupakan filem yang mendapat kutipan ”box office”.— BERNAMA"


Nota kaki:
makin besar periuk, makin banyak kerak nya..
makin banyak filem nya, maka berlambak lah filem yang dot dot dot..


3 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Mujur saya bukan kaki wayang. kalau tak mau lingkup.

YouSOF said...

"Eh Sop, kau tak pernah hampa dengan kualiti filem Melayu kan?" Tanya Usop kepada Usop.


"Tak pernah tak". Pantas dijawab Usop.



Usop SUKA nota kaki anda!

Hanie Dew said...

Aku suka entry ni. Mcm usop. Aku nk jawab jugak. "Tak semuanya tak"