Rentetan isu pembantu rumah Indonesia.. Haish dalam fikiran aku yang cetek ni maybe diorang nak mintak gaji RM2100 sebulan tapi segan nak cakap.. Tu yang syarat pelik ni keluar..
Maka terkeluar la dialog sengal Acad ni..
"Cadd, kau nak amek ke pembantu rumah Indonesia ni kalau syarat dia pelik camni?" Kata Acad kepada Acad..
"Nak"
"Kau biar betul Cadd, kan mahal tu.. Kau mampu ke??"
"Mampu la.."
Sambil menelan air liur tanda tak percaya Acad tanya lagi "Tapi kau kan penganggur??" Soal Acad jujur..
"Itu tiada masalah langsung bagi aku.."
"Okey okey aku percaya kau,tapi kalau kau amek, pembantu bidang khusus mana yang kau nak amek??"
"Semua sekali !! Total LAPAN orang.."
"Wah biar benar kau Cadd??"
"Betul lah !! Tapi diorang kena servis 500 buah rumah kat felda aku nih.. Muahahaha..."
JIKA Indonesia tidak mahu rakyat wanitanya bekerja sebagai pembantu
rumah di Malaysia, mereka membuat keputusan tepat dengan mengadakan
peraturan sukar diterima majikan negara ini.
Jika rakyat Malaysia pula mahu mengurangkan pergantungan kepada pembantu rumah Indonesia, inilah masanya dengan mengambil sikap tidak bersetuju cadangan Indonesia itu. Dengan mengklasifikasikan tugas khusus – sama ada memasak, mengasuh anak, mengemas rumah atau setiap tugas lain yang diperlukan majikan, setiap pembantu rumah perlu dibayar RM700 bagi setiap tugas khas.
Jika rakyat Malaysia pula mahu mengurangkan pergantungan kepada pembantu rumah Indonesia, inilah masanya dengan mengambil sikap tidak bersetuju cadangan Indonesia itu. Dengan mengklasifikasikan tugas khusus – sama ada memasak, mengasuh anak, mengemas rumah atau setiap tugas lain yang diperlukan majikan, setiap pembantu rumah perlu dibayar RM700 bagi setiap tugas khas.
Ada yang kata tidak wajar, keterlaluan, tidak masuk akal, peraturan merepek dan sebagainya. Seandainya peraturan itu dilaksanakan, ramai pembantu rumah Indonesia terpaksa balik kampung.
Sama ada syarat ini dilapor dengan betul atau salah lapor, sedang dalam perbincangan memorandum persefahaman (MoU), belum diputuskan dan sebagainya, ia tidak penting. Ia sudah menjadi polemik yang sihat bagi menentukan senario masa depan keluarga masyarakat Malaysia.
Kalau peraturan itu tidak sesuai, kedua-dua negara perlu mengkajinya semula. Kerajaan Indonesia tidak boleh dipersalahkan kerana ia mengambil kira kepentingan rakyatnya. Jika boleh, Kerajaan Indonesia mahu dilihat mereka menjaga kepentingan rakyatnya di luar negara.
Indonesia juga mahu menjaga imejnya dengan memastikan bahawa rakyatnya adalah pekerja mahir dan bertanggungjawab. Jika pekerja baik, tidak ada sebab berlaku kes penderaan atau pembantu rumah melakukan perbuatan yang tidak digemari majikan. Jika rancangan ini praktikal, Indonesia akan mempunyai sekolah latihan untuk pembantu rumah dengan pengkhususan masak memasak, mengasuh, mengemas rumah dan sebagainya.
Rakyat Malaysia perlu melihat tindakan Indonesia itu dengan fikiran terbuka. Sekurang-kurangnya Indonesia menyedari pentingnya latihan khusus kepada tenaga kerjanya. Di Malaysia, amat sukar mencari pekerja terlatih di bidang yang dulu dianggap tidak penting tetapi hari ini keperluannya begitu mendadak. Contohnya ialah pembantu rumah.
Bagaimana pula dengan tukang kebun terlatih atau pemandu terlatih? Syarat menjadi tukang kebun ialah kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hari ini, mereka tidak ada sijil khas daripada Institusi Tukang Kebun atau institusi khas memandu. Seorang pemandu hanya layak menjadi pemandu jika ada lesen memandu walaupun tidak pernah dilatih.
Dengan cara ini, mereka layak diberi gaji lebih besar dalam sebuah negara berpendapatan tinggi. Walaupun negara ini ada sekolah memandu, ia hanyalah untuk membolehkan seseorang mendapat lesen memandu.
Sudah sampai masanya Kementerian Sumber Manusia melihat keperluan tenaga kerja secara menyeluruh supaya apa juga keputusan dibuat negara pembekal tenaga kerja, ia tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini. *Sumber
Nota kaki :
satu taman perumahan kita menggaji satu pengasuh kanak-kanak..
jimat woooo..
keh3..
1 comment:
yeayyyy..setuju ngn nota kaki tu. hehehehee
Post a Comment