KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi
terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif
di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri
Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa
jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac
lalu.
Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap
tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat.
Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan
ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk
menyelesaikan kes ini.
“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.
“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi
anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak
meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.
Nota kaki :
Budak kecil jadi mangsa ? Gembira ke pembunuh nya ?
3 comments:
header yang menarik :)
huurrmm...dendam dengan nenek,cucu jadi mangsa. org kalau dah hati dikuasai syaitan yg menghasut, tambah lagi "high" dengan "ice" tu mana dah nak pikir logik.
cecube buat bende same kat dia, tgk sakit ke tak.
ibu bapa skrg ni kalau dah shoping tak hengat anak jugak.anak men kat tepi jalan, mahgrib pun wat dono je. nnt dah hilang baru nak sibuk.
supporting you by following u here :) follow back okesss xoxo
Post a Comment