Hi,
Hello
&
Assalamualaikum..
Jeng jeng jeng setelah dekat 18 abad tak update any entry akhirnya Acadd diberi kekuatan untuk sambung berceloteh ala mak esah (bukan nama sebenar)..
Tajuk entry kali ni dah serupa macam hurmm kliseyyy sangat, ala-ala nasi kangkang
(MALAH LEBIH TERUK LAGI)..
Cerita nye bermula begini..
Tahun 2013
Di suatu hening, sedang Acadd memandu, Fadz Maembong cakap
" Aku bela arnab Anggora, aku ingat nak beli Sugar Glider pulak la !!" kata Fadz Maembong kepada Acadd..
Dengan muka paling mintak kaki Acadd pon berkata
"Eyukkkk !!"
Acadd merupakan manusia yang paling dibenci Fadz Maembong bila berbicara pasal BIN ATANG.. hahahha...
Setahun lebih berikut nya..
" Aku bela Sugar Glider, aku ingat nak beli Gecko pulak la " kata Acadd selamba
Dengan muka selamba jugak Fadz Maembong cakap
" Aku rasa ko demam la Cadd !!"
" Aku macam hilang kawan aku yang nama nya Acadd !!"
" Aku macam keluar dengan diri aku sendiri !!" Tambah Fadz Maembong lagi..
Acadd tanpa hirau kan Fadz Maembong berkata
"Jom pergi Petshop !! "
Nour Suchi Qaseh - Bukan nama sebenar
Boleh panggil Cici Pipi Mimi Morandes
Seekor sg betina yang jinak namun belum di bonding dengan baik oleh kerana Acadd sekarang kerja 4 pekerjaan dalam satu hari Fuhhhh... penipu..
Seperti nya nak bercakap pasal pemakanan sugar glider ni.. Tapi maybe lepas Enam Bulan kot, tu pun kalau cici ni panjang umur.. Hahaha..
Cici yang cute miut ni dijaga rapi oleh tuan nya yang cute jugak, namun Cici kata Cici bosan.. Macam mana Acadd dengar Cici cakap? Hurm Akibat terlalu obses, maka Acadd pon dapat dengar suara suara hati pets beliau..
Suara-suara itu seolah-olah macam mintak Cici dikahwinkan..
Maybe tuan dia yang nak kawen sangat dah..
Maka,
Terbeli la seekor Jantan gagah yang menggeleber..
Nama belum diberi, tapi panggil Roberto je dulu hahahha.. Main2..
Sebelum ni bermacam2 petua Acadd baca untuk membonding sg kesayangan, antaranya tidak meletakkan sebarang "kubu" atau tempat perlindungan supaya sg dapat senang diselenggara tanpa perlu paksa keluar dari "kubu"..
Acadd cuma letak bekas makanan bersaiz besar yang kosong.......
Maka berkongsi "katil" la mereka..
It's look like cupcakes..
Acadd yang dulu nya "kurang" ajar minat memelihara binatang akhirnya di "racun",
malah lebih teruk "sakit" nya dari orang yang me"racun"...
Nota Kaki :
Moga Cici lahirkan "Milla Jovovich", "Britney" mahupun "Edward Cullen" di masa akan datang..
Ececeeeh dah ada nama cucu~
No comments:
Post a Comment