Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..
Tadi aku berkesempatan tonton HKL2 : Husin Mon & Jin Pakai Toncit.
Pada pendapat aku filem ni sangat sesuai ditonton bila anda baru sahaja bangun tidur, ada penyakit insomnia ataupun pembenci tegar Genre filem ala-ala Harry Potter..
So kepada kipas susah mati Harry Potter, Merlin & juga The Legend Of Condor Hero anda adalah tidak dialu-alukan.. Ngeh3..
Mungkin lain orang lain pandangan.
SINOPSIS
Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik
Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di
Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang,
Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya
sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu,
Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45
Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di
Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk
merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi
pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri
hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK
gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi
Singapura.....
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana
Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik
Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin
Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda.
Nota Kaki:
Selepas HKL2, Rock Oo Pula Menyusul..
Any Comment??
No comments:
Post a Comment