Pages

Nuffnang Ads

Saturday, 4 February 2012

Berita Minggu

Hari ni takde tajuk specific nak dijadikan tajuk.. Cuma macam flashback minggu ini la + ditambah dengan sedikit nasihat.. Aku pandai nasihat ke, kalau kawan aku tau mesti aku kena cubit sebab tipu korang muahahaha..

1) Siapa mangsa??

    Dalam keterprihatinan aku pandu mini lambogini, sesuai dengan tahap laju nya iaitu 50km/setengah jam, datang dua kereta sama spesis buatan malaysia yang agak popular suatu ketika dulu memecut belakang aku, diorang terpaksa slow serta merta sebab depan banyak kereta, dia brek sampai berasap tayar betul-betul dalam 2 meter depan keter aku.. Diorang saling memotong dalam kesesakan lalu lintas.? Haish tak paham betul aku.. Aku paham la kalau jiwa muda diorang memberontak, tapi diorang tu dah tua.. Tua atau muka diorang nampak tua dari usia? Ah lantak lah, tapi serius tahi betul la dia wat macam tu dalam sesak-sesak banyak keter..

    Diorang membahaya kan nyawa aku yang belum kahwin nih.. Hahaha.. Haish bukan aku je, banyak lagi kereta keliling dia.. Aku seperti berada di litar sepang secara tiba-tiba.. Pantang ada ruang pasti di cilok nya.. Maybe malam sebelum nya diorang mimpi beli kereta racing kot, tu yang dia applikasi kan kat kereta separuh abad dia tuh.. Nasib skru ketat, kalau tak pasti ada yang tercabut..

2) Sakit nya dia..

    Dulu masa kecik-kecik aku pernah tersepit zip.. Perghh tiada perkataan dapat menterjemahkan kesakitan itu.. Sampai sekarang aku cukup berhati-hati pakai suar.. hahahhahaha.. Joking la.. Kisah nya begini, suatu malam tu aku dan kawan-kawan melepak la kat satu kedai makan nih, ternampak pulak sorang pompuan ni menghayun-hayunkan tangan nya, mula-mula aku tak perasan pun.. Member aku yang bagitau the story, tersepit pintu kereta, ahh pilu memang pilu.. Cuma sorry to say aku cukup tak suka bila salah sorang dari kawan-kawan tuh cakap napa makcik tu, kalau anak dara dia pasti dia tolong hantar ke klinik.. Sampai ke sudah pompuan tu hayun tangan dia.. Korang tak kesian ke?

3) Salah siapa??


Di sebuah restoren...


    Lelaki itu:"Order?"

    Lelaki-lelaki ini:"Nescafe suam, Teh tarik, dan bla bla bla"

    Lelaki itu:"Apa tadi??"

    Lelaki-lelaki ini:"Bla bla bla" ulang kami..

    Lelaki itu:"Makan?"

    Lelaki-lelaki ini:"Nasi putih, telur bungkus, nasi paprik dan bla bla bla.."

    Lelaki itu:"..." Cuba mengingati.."Air apa tadi??"

    Lelaki-lelaki ini:"Ada kertas??"

Lelaki itu terus pergi memanggil perempuan itu yang sedia ada pen dan kertas di tangan nya untuk ambil order kami.. Nah siapa yang salah.?

2 comments:

YouSOF said...

Ulasan berita minggu.

1) Pemandu yang berhemah jugak yang jadi mangsa.. Kadang² aku senyum sini je bila tengok kereta beria-ia motong lelaju, at last jumpa jugak kat lampu traffik merah... hahah

2) Kesian makcik tu kan.. Tengok dari gaya macam ada darah beku kat kuku.

Hehe kawan tu gurau je cakap macam tu. Tapi macam tak kena jugak gurauan tu kan..

3) Salah manusia bernama lelaki yang blur itu sendirilah.. Atau mungkin pennya maru kehabisan dakwat.. ;D

arshad muhamad said...

ulasan kedua berita minggu..

1. Kan..kadang2 kalau setakat potong SATU kereta walhal depan ada SEGHATOS lagi keter nak watpe kan..

2. I have no comment.. tett..

3. Habes dakwat?

Logik la.. haha..