Pages

Nuffnang Ads

Wednesday 29 May 2013

Cuti teren, CAD !!!



Hai,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Hari rabu yang berbahgia ini aku kena kerja, dalam misi menyiapkan keperluan untuk meeting esok.. Rabu Khamis cuti la boss.. Awat kena buat kerja nih.. Haihh.. Sambil menyelam minum air, serampang 2 mata, talam dua muka, aku pun buat la kerja macam biasa.. Tambah pengalaman kata nya.. Nak mintak cuti ganti, aku belum confirm 3 bulan lagi..




Ceriakan hari mu dengan....... 





Nota Kaki :
Kaki lenguh akibat tak guna kerusi ergonomik dengan betul..


Sunday 26 May 2013

Pengapit VS Penyempit ?



Hai,
Hello,
&
Assalamualaikum..


Pada sabtu yang dirahsiakan tarikh nya atas sebab tertentu, aku jadi la pengapit si pengantin .. Bukan la banyak aku nak share tapi agak seksa la jugak nak buat muka plastik selagi majlis berjalan.. Nak2 ada calon besan mak aku.. Calon besan mak aku ?? Ngeh3
InsyaAllah..


Mempelai dua orang ni aku bukan nya ada ikatan persahabatan kental pun, cuma aku ni kenalan pada anak sedara diorang aje.. Aje? Atas permintaan dan juga atas kegatalan diri sendiri nak naik pelamin pakai baju sama, aku gigihkan jugak.. This the only way that i try to do to dekat2kan diri dengan pihak perempuan punya kakak ! 

Malam berinai yang selalu ditunggu, diganti dengan majlis akad nikah dan bacaan tahlil. Masa ni aku terfikir, camne kalau ini majlis aku, tempat yang sama, kedudukan pelamin, khemah, tempat akad nikah.. Hmm sama ke ? Ubah sikit laa haha.. 

Walaupun aku ada ramai abang yang dah berkahwin, tapi aku tak de peluang nak tengok secara dekat dan fokus waktu akad nikah, duk sibuk tangkap gambar aje dulu.. Mudah kalau takde masalah, dan pasti akan susah dan tergendala bila kelam dan kabut.. Ingatan tulus ikhlas untuk diri sendiri..

Maaf la aku takde gambar pengantin aku cuma ada gambar dari ihsan google je, tu pun gambar pengapit ! Ihsan google ?? Will be..


Gambar penyempit, ihsan dari yahoo la pulak ?


Pengantin sampai, aku pun sampai.. Segak lah bakal pengantin, nampak seri mempelai.. Antara kata lain, aku taknak over shadow muahaha.. Tak mampu nak overshadow la yang betul !! 

Selesai majlis akad nikah maka sah lah jadi suami isteri, aku pulak yang tension, do u know why, no, i do not know why.. Hurmm..
Sesi bergambar


~Tamat lah Majlis akad nikah~




Tepat pukul 1.40p.m aku sampai kat rumah bersanggah.. Pengantin dah siap semua dah, aku je yang lambat, dengan samping tak pakai lagi.. Sampai je terus dapat duit TOL.. Hahaha.. Menda yang aku sendiri tak fikir akan kena buat.. Isy malu betul.. Bila fikir balik bukan ada orang tengok kita pun, kita bukan tumpuan orang ramai.. Kulit pun kulit coklat asia, memang takde orang pandang la haha.. Rakyat jelata sangat..

Sampai tol yang seakan-akan tol ayer keruh tu, aku nampak budak-budak.. Hmm.. Emak budak pun ada.. Bapak budak Takde ! Adat rumah orang, tetamu kena la hormat, tak gitu ? Sengih-sengih mintak duit.. Berjuta tangan telah menghalangku.. Ouch !! Mintak tol lah, haish.. 

Teringat pesan orang, jangan bagi banyak2 kat depan pintu, takut kat depan pengantin lagi ramai penghalang haha.. "Duit habess!" Aku cakap.. Hahhaa.. 

Lepas aje tol pertama, tol kedua dengan muka yang sama barangkali, disertai orang yang agak berusia menahan.. Erk "Hah yang ni duit nye kena besar" Kata makcik tu.. Dengan bangga aku cakap "Okey !" Mula-mula bagi seringgit, dan aku tambah lagi seringgit sambil cakap "Hah ni duit lebihnya !" Lebih kurang camtu la dialog aku..

Dekat pelamin, pengantin perempuan ditutup muka nya depan kipas.. Ala-ala kungfu kipas gitu.. Nah tol terakhir dari mak andam.. Kali ini tol nya berbeza sebab disampul isi nya.. Teka berapa ? 

Selesai aje menepung tawar, merenjis mawar, rampai dan segala macam nya, tiba waktu makan.. Hee first time duduk kat sebelah pengantin waktu makan damai.. Tetap tahan muka plastik.. *Tengah makan takleh cakap

Pengantin tukar baju dan terus ke Jeti Tanjung Balau untuk shoot outdoor.. Hee rasa nak jugak ! Nak jugak ! Nak jugak ! Pangg satu kali !

Banyak betul pasangan pengantin yang amik gambar kat situ.. Okey la ada jeti, batu batuan, pokok, jambatan, laut dan juga pengapit osemm tukang beli air hahaha..





Nota kaki :
Kaki lenguh, so takde nota kali ini..


Sunday 19 May 2013

Saturday 18 May 2013

Sempat Jugak !




Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Selamat berhujung minggu kepada yang bercuti pada hari Ahad yang berbahagia ini, dan kepada yang bekerja cam Acadd, didahulukan dengan ucapan Selamat Melaksanakan Tanggungjawab yang diberi..


"Sape tulis perenggan kat atas ni Cadd ?"

"Kenapa ?"

"MACAM ORANG LAIN TULIS !!"



Baru-baru ini aku berkesempatan la pergi ke >KEPAK di ANGSANA<.. Tujuan tak lain tak bukan ingin cari kerja.. Kerja apa ? Kerja yang lebih baik !
Ringkas, Padat, dan Meletop !


Kenapa meletop ? 
^__^
Masa aku kat kepak tu aku sempat jugak.....



Erkk kenyang Alhamdulillah..
(sempat jugak makan free, jiran, diorang ada gotong royong)
Okey sambung..


Masa aku kat kepak tu aku sempat jugak la round 2 3 kali lalu booth yang sama, ada 2 3 booth yang menarik perhatian aku.. Permata Hijrah & Booth kesihatan..

Opcos la aku nak try pemeriksaan percuma 3 minit untuk mengesan resdung.. At first agak segan la jugak, nak tanya pun segan.. Last2 kawan aku yang terus cakap.. "kak, dia ni nak try !" Rasa nak backhand muka dia masa tuh.. Aku tau la nak cakap sendiri.. Mungkin dia bengang aku amik terlalu BANYAK MASA dia..
Kesah pulak aku !


Duduk je kat kerusi, perawat tu bagi aku dua putik kapas yang dah dibasahkan dengan cairan ubat.. Suruh sumbat dalam telinga.. Aku buat la apa disuruh dan tunggu giliran sementara perawat tadi layan pesakit lain.. Dan si perawat tu tanya, ada bunyi meletop ke tak dalam telinga? Memang aku tak rasa pape pun kat telinga yang kena sumbat tuh.. Dalam hati bercakap, dia ni nak bunuh aku agak nya nak suruh meletop bagai..




Lepas tu baru dia explain tadi kaedah mengesan melalui telinga.. Dalam hati cakap lagi, ala ni je ke?, nak lagi nak lagi !! Pastu perawat kata, okey lepas ni kita kesan melalui hidung.. Benda paling aku nantikan hee..

Perawat bagi serbuk dalam sudu kecil suruh aku sedut.. Dalam sekelip mata hilang serbuk tu.. Tak sangka hidung aku mampu sedut Muahahha.. Minit pertama okay, minit seterus nya rasa dah mata berair dan nak bersin.. Perawat tu suruh aku kira bersin berapa kali.. Tengah-tengah hidung tak selesa mata berair, ada pulak kawan aku beli biskut disaluti coklat.. Memang kurang sopan betul, time aku sihat walafiat takde plak nak offer camtu, getus hatiku..


Okay tiga kali aku bersin.. Menurut perawat tu kalau 3 kali tu normal la, kalau lebih dari 3 mungkin resdung tu teruk.. Betul kata perawat, betul la aku, tipu kata perawat tu, tipu la aku.. muhehehe..


Panjang pulak entry kali ini..
Hmmm








Dipendekkan cerita aku sempat singgah periksa BMI dan tekanan darah
BMI : 24
Tekanan Darah :120/70

Dan dapat sabun free, hah sabun free.. Nasib aku tulis post ni, kalau tak, sure aku lupa aku ada sabun dalam beg !!

Selesai dapat bende free, Acadd boleh lompat tinggi !


Selesai semua tu, aku terfikir, aku cuma sempat hantar satu resume, itu pun kat booth agensi pekerjaan..



Nota Kaki :
Sempat jugak menjamah nasi ayam penyet osemm !





Thursday 16 May 2013

Kepak Angsa Na ?




Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..


Klik banner sila kan sila..



KEPAK iaitu Karnival, Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran akan diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru Pada 17-19Mei 2013 (10 pagi - 9 malam)


So kepada sesiapa yang sedang mencari kerja atau mahu bertukar kerja, jangan lepas kan peluang okay !


Tiap kali kepak kat JB je memang muka aku tak pernah tak ada..


"Dah takyah hantar resume kau, dua tahun lepas punye diorang simpan lagi !"
Teka dialog sape ?? Muahahahha




Nota Kaki :
Menunggu peluang dan mencari peluang adalah dua perkara berbeda !




Mini Segmen By DIS

Sunday 12 May 2013

Gulp !




Hai,
Hello,
&
Assalamualaikum..


Pagi Isnin yang penuh kerinduan, kesyahduan, ketenangan sebab kena kerja ni aku nak share sikit pengalaman di interview.. Sebelum terlupa pengalaman indah nih..

Alkisah bermula tatkala....

Petang hari Selasa.. Hmmm Selasa la.. Aku dapat satu mesej yang cakap aku ada interview di sebuah kolej swasta.. Sebagai Pensyarah.. Aku kena ada kat sana dalam pukul 9.30am hari Khamis..

Seperti biasa, nebes tetap ada, tapi aku seperti biasa la dengan prinsip harap tak harap sangat dalam hati beriya2.. Dalam perkiraan aku aku cuma ada hari selasa dan rabu je untuk buat persiapan.. 

Dua hari persiapan ala kadar..Rabu malam khamis sempat buat research sikit..Tiba-tiba terbaca pengalaman orang cakap..


Kena bawa MOCK TEACHING !

Mengamuk terkencing aku tau la.. 
Hmm dengan gigih aku download, siap download aku pon tertido..

Hmm pagi hari khamis penuh gemilang tu aku sampai agak ontime jugak around 9.20am..
Bukan datang lambat masalah nya, cuma aku tersalah masuk tempat menunggu..
Feeling-feeling catwalk rupa nya salah tempat..
Bukan apa, biasa nya kalau ikut logik memang terus la ke tempat receptionist kan ?



Rupa-rupa nya aku the one and only yang dapat mesej, candidate lain semua diorang call dan beri sedikit penerangan..



"Kak, memang takde orang lain interview ke kak ?"


"Ada, ramai yang dah tunggu kat atas.. " Kata kakak tu



"Adik takde di bagitau ke kena pergi tempat bla bla bla.... ke ?" Sambung kakak tadi


"Takde pulak, saya cuma dapat sms je suruh datang interview.. "


"Owh selalu camtu bila kitorang tak dapat nak call, baru kitorang sms !"


"Bila pulak aku off henpon ??" Kata Acadd bermonolog dalaman




Bila masuk ke ruang menunggu hati macam biasa la, Dub Dab Dub Dab tapi versi Dag Dig Dug haha..



Lepas isi borang dan segala macam hal maka giliran menunggu pon tiba.. 


Masa menunggu tu ada ura-ura mengatakan..
Ada dua sesi
Pertama, interview,kalau lepas kena mock teaching..


Makin berdebar bila ada calon terus disuruh balik !

OMG !


Tapi takpe, sempat ada makcik kata muka aku macam budak 20 tahun..
Hihihi Bangga-bangga jugak, tapi untuk sessi interview macam ni aku rela nampak macam 40 tahun, baru la orang confident nak amek bekerja ye takk ? Bertambah kelam ada dua orang keluar dengan muka yang amat masam sekali..


"Apesal muka dia masam sangat tu ?" Kata calon A

"Ala dia psycho je tu .."
"Reverse psychology la tu !" Kata calon B


"^___________^" Acadd senyum je..



Tapi dah nama pon Acadd, muka kelam kabut mesti terserlah..
Sampai calon B perasan..

"Ala nak watpe nak nebes, apa nak di nebes kan ?" kata Calon B riak


Lalu Acadd dengan penuh sopan cakap..


"Semua yang nama nya manusia mesti rasa perasaan macam ni.." Tetiba formal


"Kecuali kalau takde perasaan !" tambah calon A sambil menjeling sindir


Si B yang konon poyo tadi pon terus cakap..

"hah yelah si Prof Bla bla bla pon ada cakap yang Nebes is Normal."


"Tadi kata lain, ni cakap lain pulak !"
"adoyai" Kata Acadd dalam hati..



Dalam bidang aku, calon dikehendaki masuk berdua dengan calon lain.. Rasa macam taknak masuk bila dapat tau pesaing sebilik aku tu ada Master..  Yelah kalau ikut logik akal, mesti la si budak tu lebih baik dari aku, pengalaman pon banyak.. Tua pon tua hahaha..

Nah dalam bilik tu takda soalan formal diajukan.. lebih kepada peribadi.. boleh kerja lama ke, dah kawen ke, nak gaji berapa.. Ahli panel nya ada LIMA orang ! 


Bla bla bla, nanti awak berdua tunggu sekejap, lepas ni buat mock teaching..


Masa ni aku sangat amat gelabah, nasib baik pagi tadi aku sempat pindah kan slide yang aku download masuk dalam pendrive.. Bertambah tak best bila aku sendiri tak tau slide apa dalam tu. Sebab tak sempat tengok lagi.. Uwwaaa..


Tup -tup ..

Chapter 3 - Networking..

Lega..


Mula la aku bercakap, membaca, dan termanggu.. hahaha.. Sampai kat slide ke4 je si ketua panel mencelah..

"Awak tau tak yang awak sebenarnya macam buat presentation sama macam zaman awak belajar dulu, bla bla bla.. Tapi suara awak kuat, bagus.. Kalau awak diterima, kami akan ajar macam mana nak mengajar dengan betol.. "


Ayat-ayat camtu dah biasa aku dengar, hahhaa.. Yelah aku cuma ada pengalaman ajar budak sekolah, tuisyen, tu pon paling ramai Lapan Orang.. Hahaha..

Tapi seronok pulak interview yang membolehkan kita tunjuk bakat camni.. Ngeh3.. So pasal dapat ke tak dapat itu aku tolak tepi, kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat, aku teruskan kerja aku yang sekarang.. Heee~





Nota Kaki :
Resah gelisah mau naik pelamin makcik =)






Monday 6 May 2013

Cerita Sendu (Episode Penghabisan)



Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..


Tajuk entry tak boleh blah mengalahkan tajuk setia hujung nyawa di punye perasan..


Cerita Sendu <<KLIK SINI


Nak dijadikan cerita dalam pada Acadd terbaring tu si ular pertama tadi cuba juga untuk menerjah si Acadd..


"Hahhh.... !" Gitu kata nya lagi..


Gambar sekadar hiasan : ihsan google





Acadd masa ini cukup sedar apa yang berlaku.. 
Debaran menggoncang menggongcang mengoncang Acadd terpaksa google okey ! jiwa, semangat yang tadi nya sekejap ada sekejap takde terus menunjukkan pada tahap terbawah sekali dalam seumur hidup Acadd..


Masa ni terbayang nasi paprik, telur bungkus, char kuey tiau takde sayur.. 


Dengan kesabaran ala-ala Rita Rudaini, datang la si penyelamat !

Ular bersaiz lengan Anuar Zain terus menghalang tindakan ular kecil tak sedar diri tu..
Sikap penyayang yang ditunjukkan si ular besar terserlah apabila dia menindih badan Acadd lalu buat kubu pertahanan untuk mempertahankan Acadd..


Pertahan pertahan jugak, tapi Acadd hampir semput okehh dek gara-gara kena hempap tuh..


Ketika ini Acadd betol-betol tidak mengerti mengapa ular ini mempertahankan nya?


Adakah ianya muslihat untuk menelan Acadd sorang-sorang tanpa berkongsi pada ular kecik itu ?


Tanpa berburuk sangka, dan nyawa semput-semput itu Acadd terjaga dari lena..




Ngeh3


"Kau mimpi je Cadd ??"


"Yelahh ! Kalau betol dah lama aku kena telan !"
"Apa agak2 ek maksud mimpi tu ?"


"Kau mimpi pukul berapa Cadd ?"


"Ntah la, dalam kol 5 atau 6.. Kenapa ?" 


"Selalu boleh tafsir mimpi dalam pukul 12tgh malam sampai 3 pagi .."
"Tapi kalau kol 6, sah-sah syaitonnn !!" kata Fadz Maembong selamba


Ular besar mati.. Panjang Okehh !






Nota Kaki :
Jangan kata ular, lipas mati pon dah terkejut separuh mati !






Thursday 2 May 2013

Cerita Sendu







Hi,
Hello,
&
Assalamualaikum..



Dalam pada dingin petang yang membuai-buai menyampaikan lagu rindu di bawah pohon bukan cemara dan cermin di tangan.. 

Acadd dikejutkan dengan kedatangan seekor ular bersaiz kayu mop !
Dari spesis apa memang Acadd tak tau, Acadd cuma tau ular senduk, ular lidi, dan ular anaconda aje !

Dalam tidak semena-mena dan tidak disangka-sangka, macam tau-tau je Acadd pon mendapatkan sebatang kayu mop !

Dengan semangat yang kejap ada kejap takde tu Acadd cuba menghalang ular terbabit dari terus memanjat pokok yang diyakini dari jenis Palma de al bukek !

Lalu terkuis sana terkuis sini, terjinjit kaki sana, terkepit peha sini..
 Nah belum sempat ular itu jatuh ke bawah, dengan segala macam ketakutan Acadd terkejut dek gara-gara ular itu menyergah !

“Haaaaa !!“ gitu kata nya

(aku cukup pelik kenapa orang yang nama nya Acadd itu tak lari masa kejadian)


Belum sempat ular bersaiz kayu mop itu menerjah ke arah Acadd lalu muncul seekor lagi yang bersaiz lengan Anuar Zain..

Kali ini lebih bengis lebih garang dari yang bersaiz kayu mop tadi..


Bukan kata Acadd, ular saiz batang mop tadi pon terkejut sama..


Menggelabah betul Acadd pada waktu itu..
Memang tak sempat nak tengok cermin lagi masa nih..
Manakan tidak, ada dua ekor haiwan pemangsa yang amat digeruni di depan mata!

Tiba kat sini Acadd macam lupa pulak jalan cerita nya..
Ngeh3

Tapi dalam masa dua atau tiga minit tu kira macam sessi zoom muka masing-masing la..
Alaa macam sinetron tu laa..

Serius, Acadd buat-buat jatuh atau terjatuh aku pon terlupa, yang aku sedar memang Acadd terbaring pada waktu nih..



Bersambung~ kalau rajin



Nota Kaki :
Hmm genap 25 dah Cadd.. Sweet 17 manjang k !