Pages

Nuffnang Ads

Monday 26 March 2012

Doa kan Mereka..

 Entri ringkas :



YOUsof - youthyousof.blogspot.com

    Baru-baru ni aku dikejutkan dengan insiden kemalangan jalan-raya yang melibatkan rakan blogger merangkap rakan sekelas aku sendiri masa kat sekolah.. Semoga YOUsof cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.. Amin..



Kakak angkat - Sungai Buaya selangor

    Satu lagi kejadian yang baru aku dapat tahu iaitu kakak angkat aku sudah meninggal dunia pada April 2011 juga dalam insiden kemalangan jalan raya. Arwah meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil iaitu Irfan, Wai dan Sasya.. Semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.. Al-Fatihah..

 


Saturday 17 March 2012

Satu tugas RM700, Kalau Tiga Tugas.??

Rentetan isu pembantu rumah Indonesia.. Haish dalam fikiran aku yang cetek ni maybe diorang nak mintak gaji RM2100 sebulan tapi segan nak cakap.. Tu yang syarat pelik ni keluar..




Maka terkeluar la dialog sengal Acad ni..


"Cadd, kau nak amek ke pembantu rumah Indonesia ni kalau syarat dia pelik camni?" Kata Acad kepada Acad..


"Nak"


"Kau biar betul Cadd, kan mahal tu.. Kau mampu ke??"


"Mampu la.."


Sambil menelan air liur tanda tak percaya Acad tanya lagi "Tapi kau kan penganggur??" Soal Acad jujur..


"Itu tiada masalah langsung bagi aku.."


"Okey okey aku percaya kau,tapi kalau kau amek, pembantu bidang khusus mana yang kau nak amek??"


"Semua sekali !!  Total LAPAN orang.."


"Wah biar benar kau Cadd??"


"Betul lah !! Tapi diorang kena servis 500 buah rumah kat felda aku nih.. Muahahaha..."








JIKA Indonesia tidak mahu rakyat wanitanya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, mereka membuat keputusan tepat dengan mengadakan peraturan sukar diterima majikan negara ini.

Jika rakyat Malaysia pula mahu mengurangkan pergantungan kepada pembantu rumah Indonesia, inilah masanya dengan mengambil sikap tidak bersetuju cadangan Indonesia itu. Dengan mengklasifikasikan tugas khusus – sama ada memasak, mengasuh anak, mengemas rumah atau setiap tugas lain yang diperlukan majikan, setiap pembantu rumah perlu dibayar RM700 bagi setiap tugas khas.
Jika memerlukan dua tugas khusus, setiap pembantu rumah perlu dibayar RM1,400 dan seterusnya. Setiap bulan mereka mampu menyimpan wang lebih banyak daripada majikan yang berpendapatan sederhana.
Reaksi daripada kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah akan melakukan satu kerja saja dengan gaji minimum RM700, mendapat tentangan meluas ‘majikan’ Malaysia.

Ada yang kata tidak wajar, keterlaluan, tidak masuk akal, peraturan merepek dan sebagainya. Seandainya peraturan itu dilaksanakan, ramai pembantu rumah Indonesia terpaksa balik kampung.

Sama ada syarat ini dilapor dengan betul atau salah lapor, sedang dalam perbincangan memorandum persefahaman (MoU), belum diputuskan dan sebagainya, ia tidak penting. Ia sudah menjadi polemik yang sihat bagi menentukan senario masa depan keluarga masyarakat Malaysia.

Kalau peraturan itu tidak sesuai, kedua-dua negara perlu mengkajinya semula. Kerajaan Indonesia tidak boleh dipersalahkan kerana ia mengambil kira kepentingan rakyatnya. Jika boleh, Kerajaan Indonesia mahu dilihat mereka menjaga kepentingan rakyatnya di luar negara.
Indonesia juga mahu menjaga imejnya dengan memastikan bahawa rakyatnya adalah pekerja mahir dan bertanggungjawab. Jika pekerja baik, tidak ada sebab berlaku kes penderaan atau pembantu rumah melakukan perbuatan yang tidak digemari majikan. Jika rancangan ini praktikal, Indonesia akan mempunyai sekolah latihan untuk pembantu rumah dengan pengkhususan masak memasak, mengasuh, mengemas rumah dan sebagainya.

Rakyat Malaysia perlu melihat tindakan Indonesia itu dengan fikiran terbuka. Sekurang-kurangnya Indonesia menyedari pentingnya latihan khusus kepada tenaga kerjanya. Di Malaysia, amat sukar mencari pekerja terlatih di bidang yang dulu dianggap tidak penting tetapi hari ini keperluannya begitu mendadak. Contohnya ialah pembantu rumah.

Bagaimana pula dengan tukang kebun terlatih atau pemandu terlatih? Syarat menjadi tukang kebun ialah kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hari ini, mereka tidak ada sijil khas daripada Institusi Tukang Kebun atau institusi khas memandu. Seorang pemandu hanya layak menjadi pemandu jika ada lesen memandu walaupun tidak pernah dilatih.

Dengan cara ini, mereka layak diberi gaji lebih besar dalam sebuah negara berpendapatan tinggi. Walaupun negara ini ada sekolah memandu, ia hanyalah untuk membolehkan seseorang mendapat lesen memandu.

Sudah sampai masanya Kementerian Sumber Manusia melihat keperluan tenaga kerja secara menyeluruh supaya apa juga keputusan dibuat negara pembekal tenaga kerja, ia tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini. *Sumber







Nota kaki :
satu taman perumahan kita menggaji satu pengasuh kanak-kanak.. 
jimat woooo..
keh3..



Wednesday 14 March 2012

Lagi Dua Cukup Sedozen..!!!






"Apa yang lagi dua cukup sedozen tu Cadd??" Tanya Acad kepada Acad..


"Keh3.. Anak sedara aku laaaa.."


"Best dapat pakcik macam kau, selalu ingat kat diorang.."


"Aku je ingat diorang, tapi diorang tak ingat aku.."


"Kenapa??"


"Aku kan garang !!"














































1. Faiz(tengah) - Darjah Dua








2. Akma - Darjah Satu









3. Izz Aiman - Petah bercakap, pelat berkata.. Air Baloi jadi Air Pantul..










4. Wafi - terlalu suka sakat budak ni..










5. Fatin - Menangis ter esak-esak bila ada orang kacau adik dia..









6. Auni - Tok Mak dia panggil -GONI-










7. Izzazi Amani - Curl-curl gitu rambut dia..








8. Naim - Kurus sebab demam..









9. Ahmad Taufiq Haziem











10. Tok Mak panggil Botak sebab?? Nama nya susah nak sebut..









 Ni pulak adik aku yang akan mengetuai segala aktiviti-aktiviti anak buah kitorang..


Ni lah sukarelawan yang jadi Baby sitter(kanan) bila Mak bebudak ni bergosip kat dapur..





 "Cadd, kau nak tak kalau di beri peluang jadi budak kecik semula??" tanya acad lagi


"Taknak"  jawab ku ringkas


"Kenapa taknak??" 


"Taknak masuk sekolah lagi !!" jawab acad selamba











Dendam Peribadi Terhadap Keluarga Dirang ??




 



KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.
“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.






Nota kaki :
Budak kecil jadi mangsa ? Gembira ke pembunuh nya ?




Tuesday 13 March 2012

Terlalu Banyak Cerita Dongeng Maka Aku Pun Berkhayal Lalu..... 2



Tepat jam 4 petang aku dah dok tercongok depan TV.. Untuk apa ? Hah saje nak bikin pusing kepala tengok dongeng Indonesia..

Tajuk
"Peri Kembar dan Putri Kembar"



"Ada manfaat ke tengok cite tu Cadd.?" Kata Acad kepada Acad..

"Harus lah ada, tadi nilai murni nya tentang jangan sesekali cuba tolong orang berbohong.."


"Kalau tolong jugak?"


"Kena sumpah jadi burung dengan bapak sendiri macam yang peri putih tu kena.."


"Kau percaya ke Cadd.??" Soal Acad tak puas hati..


"Tak ! Mengarut !"


"Bagus lah kalau kau tak percaya Cadd"
"Boleh menyesatkan tu.. "
"Esok pasal Dunia Kecil pulak, kau nak tengok ke Cadd??"


"Nak "



 Berjaya kurus kan hidung setelah diet sebulan.. Erkk kompom tipu~
Maka Aku pun Berkhayal Lalu (i)



Ini bukan peri merah yang jahat tu wokehh..
Maka Aku pun Berkhayal Lalu (ii)




Nota kaki :
boleh ke hamba post gambar lagu ni ekkk??



Terlalu Banyak Cerita Dongeng Maka Aku Pun Berkhayal Lalu.....



Kui3..
Panjang lebor tajuk entri, cerita nya macam ni, kan cuti sekolah dah mula MAKA TV3 dah macam acara wajib mereka siarkan slot Dongeng nya..


Macam petang tadi tajuk nya "BOROBUDUR" memang best.. 
Kalah effect cerita "John Carter" siott !



"Kau puji ikhlas ke Cadd??" Kata Acad kepada Acad..

"TAK"


Maka Aku pun Berkhayal Lalu (i)..


Maka Aku pun Berkhayal Lalu (ii)..



Maka Aku pun Berkhayal Lalu (iii)..


 Nota kaki :
sedang berkira-kira mahu tukar header..


Monday 12 March 2012

Segmen : Aku Ada Blog

 
Segmen ini dibawakan khas oleh : Cik Ross


Klik gambar untuk ke Laman Sesawang Cik Ross

 
 
 
Nama samaran sebagai blogger : arshad muhamad
 
Nama blog : dunia tanpa DAKWAT
 
Url blog : http://duniatanpadakwat.blogspot.com/
 
Usia blog : 3 bulan





Tuesday 6 March 2012

Maka Berlambak-lambak lah Filem Yang dot dot dot...


Setahun ada 52 minggu, seminggu ada dua Filem Tempatan, bersamaan 104 filem setahun.. Semput la si Kaki Wayang macam aku nak naik turun panggung.. Semput di dada, senak di poket.. 


"Eh cadd, kau tengok cerita melayu ke??" kata acad kepada acad..


"Haish harus lah tengok, pastu kecewa.. Kan kita sokong industri tempatan.." tersenyum bangga..


"Habis tu cadd kau nak tengok cerita 'Tujuh malam berturut-berturut kubur berasap 2' ke?? (bukan filem sebenar)"


"TAK!!!"





"Wajib tayang dua filem tempatan setiap minggu - Finas
06/03/2012 3:55pm

KUALA LUMPUR 6 Mac — Dua filem tempatan akan ditayang setiap minggu di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini berikutan pelaksanaan skim wajib tayang baharu.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, skim baharu itu diperkenalkan kerana berlaku lambakan filem tempatan pada ketika ini, perkembangan yang mencerminkan pertumbuhan positif dalam industri perfileman tempatan.

Sehingga Mac ini sahaja, katanya, Finas menerima hampir 20 filem yang menunggu giliran untuk ditayang.
"Saya jangkakan bagi tahun ini hampir 70 filem tempatan akan dihasilkan dan jika kita masih mengamalkan skim wajib tayang yang lama sudah pasti akan berlaku situasi di mana filem yang telah siap dihasilkan akan mengambil tempoh yang lama untuk ditayangkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Naguib berkata, sebanyak RM125 juta keuntungan menerusi kutipan filem pecah panggung dicatat tahun lepas dan 21 peratus daripadanya adalah menerusi hasil kutipan filem tempatan.
Beliau berkata, enam daripada sepuluh filem tempatan pada 2011 merupakan filem yang mendapat kutipan ”box office”.— BERNAMA"


Nota kaki:
makin besar periuk, makin banyak kerak nya..
makin banyak filem nya, maka berlambak lah filem yang dot dot dot..


Saturday 3 March 2012

Cara Kira Bayaran Bulanan Kereta




Hari ni sempena aku dok melenggang takde menda nak buat.. Meh aku nak bagitau cara macam mana nak kira bayaran bulanan kereta.. Kepada yang dah tau, takpe, buat-buat tak tahu.. Hehe And if I make a Mistake, bagitau wokehh..




Bukan apa, dulu masa aku beli kereta kesayangan aku iaitu mini lambogini, aku tak tahu langsung macam mana nak kira benda nih.. Mungkin dengan ini kepada sesiapa yang nak beli kereta boleh la tahu bajet bulanan korang, tak gitu adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua??





Perkara pertama sekali yang kena tahu ialah :

    * Harga kereta
    * Diskaun yang diberi (jika ada)
    * Interest bank (bergantung kepada budi bicara pihak bank-selalunya assume aje 3.5%)
    * Tempoh bayaran (contoh ikat 9 tahun bersamaa dengan 108 bulan)
    * Downpayment permulaan korang (biasa nya 10% dari harga kereta)




Nak bercerita tanpa contoh ni tak berapa best la kan.. Ibarat tengok wayang bisu..





Hari ini korang datang ke kedai kereta dan si penjual akan tanya kereta jenis apa yang kita minat.. Bla bla Alza, bla bla Myvi bla bla Viva..


Maka si penjual akan tanya downpayment nak bayar, gaji kita, ada komitmen bayaran bulanan ke tidak, blacklist kah anda..




Bila dah settle si penjual akan keluarkan kalkulator ajaib mereka..


Standard Calculator



Ini formula nya : Harga kereta X Tahun X Interest bank + Harga kereta  / Bulan





Lets say, Harga kereta ialah 70,000, ikat 9 tahun, interest bank 3.5% dan tempoh bayaran 108 bulan..


Maka,      70,000 * 9 * 3.5% + 70,000 / 108 = RM 853 Sebulan


Tapi itu kalau kes Full Loan..




Kalau korang bayar downpayment kes nya akan jadi macam nih


Downpayment = 10% dari harga kereta = RM 7,000


Harga kereta baru = Harga kereta - Downpayment =  70,000 - 7,000 = RM 63,000


Guna semula formula tadi : 63,000 * 9 * 3.5% +63,000 / 108 = RM767 Sebulan




Semakin besar downpayment, semakin ringan tahap bebanan bulanan anda.. Maka, kumpul la duit awal-awal yer.. Dengar kata bank akan tetap kan at least 30% downpayment.. Hohoooo..





Nota kaki : 
Mana-mana yang abah korang bayarkan kereta tu.. 
Anda memang bertuah..
 Kui3..