Pages

Nuffnang Ads

Monday 20 February 2012

Jom Tambah Geng Blogger






Ini 'First Contest' anjuran Nadia ditahun 2012 dan sangat berharap, segmen ini dapat sambutan yang hangat dari biasa. Semua boleh join, tak kira tua @ muda yang pasti 'punya BLOG'.

Korang nak tahu sebab dia buat contest nie?? Jawapan nya, dia teringin gak nak singgah kat belog korang tapi dia tak tahu, siapa yang punya belog. Okey..okey..
kembali ke tajuk "Jom Tambah Geng Blogger"..

(*-*) Syarat-syarat yang mudah untuk aku dan korang..
(*-*) Hadiah-hadiah menarik menanti aku dan korang..
(^_^) ****************************************** (^_^)
Tarikh Tutup Penyertaan : 29 Februari 2012

 Syarat-Syarat Penyertaan :
1. Wajib follow Belog Siti Nadia..
 2. Buat entry bertajuk "Jom Tambah Geng Blogger"..
3. Paste Banner yang tak berapa nak banner ni dalam entry itu..
4. Tinggalkan link belog and id fb dekat komen entri nie..
 
Hadiah-Hadiah Penyertaan :
Tempat 1st : Wang Tunai RM50 + Hadiah Sampingan..
Tempat 2nd : Wang Tunai RM40 + Hadiah Sampingan..
Tempat 3rd : Wang Tunai RM30 + Hadiah Sampingan..
Tempat 4th : Wang Tunai RM20 + Hadiah Sampingan..
Tempat 5th : Wang Tunai RM10 + Hadiah Sampingan..
Tempat Saguhati : Wang Tunai RM5 + 5 Hadiah Sampingan..


Tambah Hadiah/Penghargaan :
1) 5 Blog akan di Senaraikan sebagai Geng Blogger 'bloglist' Belog Nadia
2) 5 Blog akan Nadia REVIEW sebanyak 5kali
3) 5 Blog akan Nadia promote di entry Nadia


p/s : Cuba.. Jangan Tak Cuba..

 (*-*) SEMOGA BERJAYA (*-*)

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


p/s : baca betul-betul, nama saya bukan Nadia, saya hanya budak baru belajar.. ^_^

Tuntutan Cermin Pecah 2



Lepas je kejadian tu aku ngan kawan-kawan cuba hubungi En Said (bukan nama sebenar ke?) iaitu pemilik syarikat yang ambik kontrak mesin rumput.. Telefon berjawab, tapi taknak bertanggung-jawab.. Memang ke balai polis la nampak gaya nya..

Aku terpaksa buat laporan polis sebab En Said taknak berkerjasama.. Kalau dia respon cara baik pasti aku tak buat macam tu..

Pastu hari Isnin aku ngan kawan-kawan pergi ke pejabat En Said, tapi yang ada cuma kerani dia je.. Masa tu En Said tetap taknak bayar ganti rugi.. Jumpa pun taknak beb.. Haish..

Agak geram la masa tu..

Dengan gaya ala-ala geng penyamun cute kami bertiga cakap yang kami dah buat laporan polis pasal benda nih.. Kawan aku pulak tetiba sok tau pasal undang-undang, kontrak, subkontrak, sumer dia sebut.. Dan dan lepas tu En Said setuju nak jumpa kitorang nak bayar ganti rugi.. 

Mungkin En Said fikir yang kami betul-betul serius nak tuntut ganti rugi..

Maka dapat jugak la aku ganti cermin tingkap mini lambogini aku tuh.. Monyok pergi berganti tawa..


En Said kena ingat Jika Tiada Angin, Masa kan Pokok Bergoyang..

Layang-layang di Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang

Dan kita pon kena ingat Kalau Takda Angin, Siapalah Layang-layang ..


Friday 17 February 2012

Tuntutan Cermin Pecah





Patah Seribu VS Robek Hatiku??


Seperti yang kita tahu Patah Seribu adalah lagu nyanyian Shila Hamzah manakala Robek Hatiku pula dendangan Mas Idayu..

Apa kena mengena dengan entri kali ni?? Nah itu persoalan nya.. Tajuk-tajuk itu cukup sinonim dengan tahap jiwa lara aku bila cermin tingkap aku pecah..

Cerita nya begini..

    Dalam pada empat orang rakan aku menuju ke destinasi pilihan, kami ternampak pekerja sedang giat memotong rumput kira-kira 200 meter di depan..

Maka..

Aku : "Aku memang fobia sikit lalu sebelah mesin rumput nih" kata aku sambil cuba nak menaikkan cermin tingkap bahagian penumpang depan kerana pada waktu itu rakan ku yang memandu..

Rakan-rakan ku : "........" diam saja..


Setelah dua saat selesai menaikan cermin tingkap

"Pangggggggggggggg!!!!!" Bunyi seolah-olah dipukul dengan kuat dari luar..

Cermin retak yang dah dikeluarkan..

Tanggapan buruk aku selama ini terjadi..
Cermin yang jernih tiba-tiba kabur tak menembusi langsung..


Maka kami memberhentikan kereta..

Cermin kereta retak seribu, hati aku robek tersiat-siat.. Huhu..

Cermin tak berkecai sebab cermin aku ber tinted.. Cuba bayangkan kalau tak ber tinted?? Ahhhh taknak bayangkan..!!



Dan paling mengejutkan terjahan batu yang berjaya buat cermin aku retak betul-betul di posisi kepala.. Aku bersyukur tindakan aku dapat selamatkan diri dari kecelakaan itu..

Cermin yang sebelum nya teguh, menjadi lembik bila ditolak dengan jari.. Tak sampai 3 minit cermin tu luruh ter'benam' dalam pintu kereta..

Dan kawan aku berkata, andai aku yang bawak kereta.. Dan dia berada di tempat aku.. Ditambah pula dia jenis yang suka buka tingkap luas-luas.. Apa akan terjadi pada dia.. Taknak jugak aku bayangkan..!!

Cermin tingkap di'telan' pintu kereta..

Apa tindakan aku kepada tukang mesin rumput itu??

Wednesday 15 February 2012

Carta Hati??



Dalam pada aku mengalami cerita sedih, ada jugak yang wat aku senyum-senyum kambing.. Muahaha.. Satu berita baik, satu berita tak baik.. Ofkos la aku cerita yang baik dulu.. Kui3..

Macam dalam gambar kat atas ni Abang Ben kita telah@saje-saje buat entry pasal blog-blog baru hujung minggu.. Tuk nak jadi kan cerita blog aku adalah di antara nya.. Untung la naik sikit trafik blog aku nih.. Muahaha..



Seperti yang diberitahu aku ni bukan la penulis tegar, hanya untuk suka-suka.. Tapi terasa seronok pulak.. Entry pon entah apa-apa ntah.. Asalkan jiwa happy..
Cerita sedih?? Kemudian hari.. 
SMILE ^_^

p/s: Ben Ashaari baca blog aku?? Pengsan jap... Kui3


Saturday 11 February 2012

I may be Small but I'm the Boss!





...
...
...
...
...
...


p/s: dah besor jangan jadi macam castello dah la yer..

Monday 6 February 2012

Kipas Susah Mati??

Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada disisi

Bagaimana harusku huraikan dengan
Kata Misteri Cinta
Karna tuhan saja
Yang tahu jawapannya

Chorus
Andainya aku mampu gambarkan padamu
Andainya aku mampu bercerita
Akan ku lukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta
Kau dan aku

MISTERI CINTA
Sohaimi Mior Hassan feat Ziana Zain

Nah ini lah lagu aku dengar petang tadi dalam kereta.. Dah nama pun kipas susah mati kan, balik terus google.. 
Kui3..

p/s: dengar deejay cakap nama penyanyi, terus tambah volume radio dan paksa anak buah diam..

Sunday 5 February 2012

Ramalan Nombor??


  • - Aku di lahirkan pada 2/5/88..
  • - Aku di besarkan di alamat ber nombor 528..
  • - Emak tersayang lahir pada 22/2..
  • - Abang aku ada LIMA..
  • - Adik aku ada DUA..
  • - Aku ada LAPAN beradik..
  • - Mini lambogini aku ada DUA angka LIMA..

    Aku memang taksub sikit bab-bab nombor ni.. Tiga no tu lah No feveret aku konon nya.. Maybe tu semua secara kebetulan aje berlaku dalam hidup aku.. Korang pun mesti ada jugak macam tu kan..

    Tapi korang percaya ke ramalan nombor berdasarkan tarikh lahir? Kalau di tanya pada aku tu sumer karut, ada ke semua orang bertarikh lahir ciri-ciri atau perangai dia sama?? Aku ngan Ziana Zain tak sama pun.. Apetah lagi ngan David Beckham..

p/s: kebetulan area aku tinggal ada kedai RM2.5.8..

Saturday 4 February 2012

Berita Minggu

Hari ni takde tajuk specific nak dijadikan tajuk.. Cuma macam flashback minggu ini la + ditambah dengan sedikit nasihat.. Aku pandai nasihat ke, kalau kawan aku tau mesti aku kena cubit sebab tipu korang muahahaha..

1) Siapa mangsa??

    Dalam keterprihatinan aku pandu mini lambogini, sesuai dengan tahap laju nya iaitu 50km/setengah jam, datang dua kereta sama spesis buatan malaysia yang agak popular suatu ketika dulu memecut belakang aku, diorang terpaksa slow serta merta sebab depan banyak kereta, dia brek sampai berasap tayar betul-betul dalam 2 meter depan keter aku.. Diorang saling memotong dalam kesesakan lalu lintas.? Haish tak paham betul aku.. Aku paham la kalau jiwa muda diorang memberontak, tapi diorang tu dah tua.. Tua atau muka diorang nampak tua dari usia? Ah lantak lah, tapi serius tahi betul la dia wat macam tu dalam sesak-sesak banyak keter..

    Diorang membahaya kan nyawa aku yang belum kahwin nih.. Hahaha.. Haish bukan aku je, banyak lagi kereta keliling dia.. Aku seperti berada di litar sepang secara tiba-tiba.. Pantang ada ruang pasti di cilok nya.. Maybe malam sebelum nya diorang mimpi beli kereta racing kot, tu yang dia applikasi kan kat kereta separuh abad dia tuh.. Nasib skru ketat, kalau tak pasti ada yang tercabut..

2) Sakit nya dia..

    Dulu masa kecik-kecik aku pernah tersepit zip.. Perghh tiada perkataan dapat menterjemahkan kesakitan itu.. Sampai sekarang aku cukup berhati-hati pakai suar.. hahahhahaha.. Joking la.. Kisah nya begini, suatu malam tu aku dan kawan-kawan melepak la kat satu kedai makan nih, ternampak pulak sorang pompuan ni menghayun-hayunkan tangan nya, mula-mula aku tak perasan pun.. Member aku yang bagitau the story, tersepit pintu kereta, ahh pilu memang pilu.. Cuma sorry to say aku cukup tak suka bila salah sorang dari kawan-kawan tuh cakap napa makcik tu, kalau anak dara dia pasti dia tolong hantar ke klinik.. Sampai ke sudah pompuan tu hayun tangan dia.. Korang tak kesian ke?

3) Salah siapa??


Di sebuah restoren...


    Lelaki itu:"Order?"

    Lelaki-lelaki ini:"Nescafe suam, Teh tarik, dan bla bla bla"

    Lelaki itu:"Apa tadi??"

    Lelaki-lelaki ini:"Bla bla bla" ulang kami..

    Lelaki itu:"Makan?"

    Lelaki-lelaki ini:"Nasi putih, telur bungkus, nasi paprik dan bla bla bla.."

    Lelaki itu:"..." Cuba mengingati.."Air apa tadi??"

    Lelaki-lelaki ini:"Ada kertas??"

Lelaki itu terus pergi memanggil perempuan itu yang sedia ada pen dan kertas di tangan nya untuk ambil order kami.. Nah siapa yang salah.?