Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 31 January 2012

Bela hamster..



Si Bolat dan Si Noneng..
Dah macam tajuk kisah dongeng dulu kala pulak.. Haish dok eh.. Tu nama hamster cute miut piut aku la.. Dua ekor je.. Dua-dua jantan.. Nak letak pic diorang tak reti posing pulak.. Hahaha Malas la nak bela yang betina kang beranak takde sapa nak jaga pulak.. Bukan tak kesian, dulu pernah la campurkan dengan hamster betina yang lain, tapi diorang tetap tido berdua jugak tanpa hiraukan si betina tuh.. Kui3.. Demand sangat kot nak yang cantik aje..

Selain ikan laga, hamster ni la tempat aku beramah mesra bila bosan.. Bulu nya halus,lembut dipegang.. Comel pulak tu..



Meh aku bagitau cara bela hamster tanpa tauliah meh:



Jaga hamster ni mudah je, ada sangkar, makanan, air, habuk kayu, itu dah memadai.. Sangkar nya kena la dibersihkan sekurang-kurang nya sekali seminggu.. Kalau banyak hamster nya, makin kerap la korang kena bersihkan sangkar nya tu.. Sebab banyak proses tahi berlaku.. Hahha.. Nak bagi sangkar tu wangi, korang beli la pasir atau shampoo tuk hamster tu.. Pasir tu fungsi nya untuk mandikan hamster, secara automatik nya si hamster akan 'mandi' guna pasir tu.. Shampoo pulak aku sembur je pada sangkar dan juga pada bulu nya.. Nah maka wangi la hamster tu..

Mandi kan pulak, sesetengah orang tak bagi mandi kan hamster, tapi aku lenjan je.. Amek air separuh gayung, tuang la shampoo then soh la hamster tu berenang-renang ketepian, bila dah te kepi aku ke tengahkan  dia balik.. Hahaha Sampai la aku puas hati dengan tahap bersihnya..

After mandi kan tu aku lap-lap sikit, then terus masuk kan semula dalam sangkar nya.. Tadaa mudah kan.. Nampak kejam pada kali pertama, tapi hamster aku dah biasa ngan rutin macam tu lama-kelamaan.. Lepas kering bulu nya akan gebu sangat-sangat..

Bajet untuk bela hamster pun tak mahal sangat.. RM40++ pon dah cukup tuk permulaan.. Tapi jangan kedekut makanan pulak.. Tu dah menganiaya binatang nama nya.. Makanan dan habuk hamster ni tak mahal pun dalam RM6 je..

So kepada sape-sape nak bela tu sila la yer, kalau nak cari hamster contact aku meh.. Aku kenalkan pada kawan aku yang ada stok hamster.. Bukan apa semalam aku pergi la pet shop ni, ada orang cari hamster.. Tapi kedai tu cuma ada dua ekor je, tak comel pulak tu.. Kesian kat mereka terpaksa beli tanpa pilihan..

p/s: jeles tengok member bela arnab yang lagi gebu dari hamster aku..  huhuhu..


Monday 30 January 2012

Hafiz - Awan Nano



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Jom kita ulas mengulas AJL26..



Ini adalah pandangan peribadi aku yang tak reti erti vokal sedap ke tak sedap..

Projek Pistol - suara dah mantap habes dah tapi aku agak blur-blur tang lirik nya..
Persembahan aku amat berpuas hati..

Jaclyn Victor - walaupun aku sebagai kipas susah mati Anuar Zain aku tetap puji Jac, dia nyanyi sodap..
Kalau Bang Nuar nyanyi lagi best la.. Sebab tu menang mobile award, ternyata sedap..

Faizal Tahir - sebenarnya aku memang tak pernah dengar habes lagu Karma ni, so malam tu aku try-try nyanyi sama lirik aku semua bersepah.. Hahaha.. persembahan bertenaga, tapi nak tergelak sedikit tengok nyalaan api kat piano tu..

Yuna - sempena yuna ada dua lagu, dua-dua aku suka cara penyampaian nya.. Lebih fokus kat vokal.. fokus atau sememang nya suara dia sedap?.. Memang sedap la..

Atilia & Monoloque - aku suka amat lagu ni, tapi aku blur-blur jap tentang persembahan nya.. Terlebih effort mungkin.. Atau aku yang tak berseni.. Aku cuma tak suka kain yang dia pakai tu je sebenarnya.. hahaha

Ana raffali and the gangs - Lagu ni pon aku suka, tapi tulah persembahan nya terlalu kedepan tak terkejar dek akal aku.. Motor dan syaitan apa kaitan nya ek??

Alyah - lagu best, persembahan pon best.. Sebab tu dapat persembahan terbaik.. Lagi terbaik kalau si Remy ngan Alyah naik semula stage masa mula-mula jadi patung tu dan terus membeku dan menda tu pon berputar.. Tapi musykil skit apa peranan badut mula-mula tu? maybe pemilik kotak muzik itu.. tapi kenapa tuannya berupa itu?

Hafiz - Nah ini juara nya, lagu amat sedap, persembahan biasa-biasa saja.. Tapi suara mantap habes.. memek muka itu penting.. Hahaha.. Tapi tengok videoklip lagi best dan boleh menangis..

Aizad - aku tabik pada bakat dan tahap seni aizad.. lagu ni aku tak berapa minat, tapi aizad best..

Najwa Latiff - Lagu ni best kalau dengar kat youtube.. tapi bila di bawak ke Stage se gah AJL, macam tak patut pun ada.. Lebih-lebih lagi bila ada pulak sketsa yang buat aku bertambah pening, menambah pening yang ada..

3Suara - Lagu ni best, dan menjadi best lagi bila jadi lagu tema cerita Anissa suatu ketika dulu.. Aku mengharap lebih dari diorang.. Tapi mereka bawa seadanya, dan dah menang no2 dah pun.. Maybe lagu Dimana Dimana lagi best kalau masuk AJL..

Tapi tema air tu macam tak sesuai la, bukan masalah air, tapi cara produksi mempraktikan air itu yang aku rasa kureng sikit..

Ini semua pandangan aku saja..
Aku yang takda satu sijil dalam bidang seni pun.. Terima Kasih..


Jenjalan



Tepat jam pukul 12.10pm aku terus call si dia nak bagitau yang kitorang jadi keluar dating jam 12.30.. Sebab sebelum tu Emak aku ada bagitau nak ajak keluar jugak, nak buat macam mana Emak kan Emak kita so kita kena la lebihkan dia daripada orang lain kan.. Last-last Emak aku kata tak jadi pulak.. Nak kata aku anak Emak? Eh suka hati la kan.. Hahaha.. Memang terang lagi bersuluh yang aku ni anak Emak..

Hah sambung cerita tadi aku ni tak kisah nak deal ngan dia akhir-akhir waktu.. Masa tu si dia cuma ada masa 20 minit je nak bersiap, tapi aku tahu itu sudah memadai bagi dia, dia dah memang ready made cantik dah.. Pakai la ape pun tetap nampak cantik.. Hahah kalau si dia baca confirm dia terkedu kejap sebab aku tak pernah puji dia cantik depan-depan..

Sebenar nya aku yang bersiap lambat.. Bukan apa nak tunggu deodoren kering dulu kalau tak selagi tu la tak selesa, tambah pulak bilik aku cuma guna mini kipas beli kat Nilai 3, tu yang lambat tu.. Kui3..

Saat yang di nanti tiba, perjalanan menuju ke rumah si dia memakan masa kurang dari 7 minit kalau pandu mini lambogini aku la.. Skema habess.. Bukan apa sekarang kan zaman jobless, mana la mampu nak bayar saman tiga ghatos, cukup la sekali dulu hampir-hampir di saman sebab buat u turn di tempat yang tak boleh u turn.. Masa tu betul-betul lepas shopping baju raya habes tiga ghatos, takkan nak kuar lagi tiga ghatos kot.. Huhuhu sampai skang aku agak kureng suka ngan angka TIGA.. Kui3..

Dalam 2 minit pemanduan mini lambogini tu, si dia call bagitau yang adik-adik si dia bersama seorang teman adik dia yang datang dari KL nak join sama.. Masa tu aku terfikir nak bawak ke mana la diorang nih.. Walau pun aku ni nama je rakyat johor, tapi tak boleh nak di harap sangat bab-bab nak berjalan ni.. Yang aku tau dua tempat je, TODAYS dan JUSCO.. Hahaha sebab tu je la tempat aku tonton wayang dengan si dia tiap kali kitorang keluar.. Agak buntu la saat tu..

Bila sampai je aku pun cakap yang aku nak tengok wayang kat diorang dan diorang kata nak follow.. Itu je yang mampu aku fikir masa tu.. Hahaha.. So kitorang gerak dua kereta, mereka menfollow dari belakang.. Menfollow?? Apa itu menfollow?? Haish.. Haha buat-buat faham sudah.. Mula-mula cadang nak tengok Sumpahan Kum kum, tapi tak jadi sebab dah sering sangat terbosan, tertak paham, tersumpah seranah, termenyesal dan bermacam-macam TER lagi bila tengok cerita melayu nih.. Maka kitorang nekad tengok cerita Underworld.. Tiga daripada kami tengok Underworld, dua orang lagi tengok Sumpahan Kum Kum..

Meh aku terjemahkan sikit tahap ke BEST an cerita Underworld ni.. 4/5 bintang la tahap best nya.. Tu pun sebab ada scene borak-borak sekejap.. Kalau semua aksi kompom best gila.. Aku sangat sangat sangat saran korang tengok cerita nih.. Jangan jadi cam aku yang tak sempat nak tengok The Darkest Hour.. Huhuhu tapi kalau korang memang jenis suka tengok filem spesis tu lah.. Aku tak paksa.. Dan paling buat aku teruja bila sebelum tayangan bermula ada pulak iklan cerita Resident Evil yang baru.. OMG OMG OMG.. Aku teramat suka akan cerita tu.. Kalau nak copy semua cerita tu meh mintak aku meh.. Hahaha

Habes cerita tu aku kitorang singgah kedai buku Harris jap, Pergh memang tak sangka ramai sungguh yang beratur untuk buat bayaran lebih 5 kaunter penuh dengan pelanggan, sekurang-kurang nya ada 7 atau 8 orang yang beratur di tiap kaunter.. Masa tu si dia mencari buku tentang manik.. Dalam pada tengah mencari tu aku dapat mesej dari si dia, 'Kat mane tu? Asik hilang je..'.. Hahaha.. Aku TERpergi tempat majalah landskap la awak.. Hahaha..
Aku memang amat berminat tentang landskap nih, cuma semangat nak buat je belum ada..

Masa tu memang lapar azkaban punya tahap la, terus la konon nya nak balik singgah tempat makan selalu, bukan restoran singgahselalu untuk makan.. Tapi tapi dan tapi diorang masih nak berjalan-jalan lagi.. Maka pening aku pun kembali, dalam fikiran aku aku cuma tau g laut je masa tu.. Hahaha.. Tapi macam tak logik pulak nak pergi sana sedangkan rumah kitorang tak sampai satu jam pun kalau nak pergi laut tu.. So dengan kelam-kelam minda, guna teknik imbas kembali aku pun pandu ke Danga Bay.. Fuhh sampai jugak tanpa sesat, kalau sesat buat malu rakyat Johor je, almaklum la orang KL ikut dari belakang..

Bila sampai je takda benda lain dah aku fikir.. Cuba panjang kan leher sepanjang mungkin untuk cari kedai makan.. Untuk makluman semua ini la kali pertama aku pergi.. Dulu memang pernah tapi bukan aku yang drive dan Danga Bay masa tu tak lah semaju sekarang.. So dari mata terus turun ke perut bila nampak anak ikan, eh silap, bila ternampak ikan bakar Hahaha.. Masa tu fikir berapa la agak nya harga ikan tu, so aku mati kan je selera kepada ikan bakar..

Datang si pelayan restoran untuk catat order kami.. Saat paling getir bila nak pilih makanan.. Dalam menu tu takda pulak nasi puteh + telur bungkus pulak yang macam selalu aku order.. Yang ada cuma bla bla bla harga RM65, bla bla bla Harga RM70, bla bla bla harga RM120..

Bila dah pilih:

Pelayan:"Nak Siakap ke Pari?"

Kami:"Siakap" Lepas tanya sorang demi sorang yang ambil masa 2 minit aku rase..

Pelayan:"Kangkung, Bla Bla, ke chap chai?"Masa tu aku buat-buat tak dengar je almaklum la aku mana la makan sayur..

Kami:"Chap chai.." kata si dia laju..

Pelayan:"Sotong ke Udang?"

Kami:"Sotong.." kata si dia lagi

Kami:"Nasi puteh lima k" tambah aku bila tamat sesi order mengorder..

Nyum nyum nyum nyum..
Dan pada mula takda sape makan kerang.. Hahaha.. Baru ku tahu betapa leceh nya makan kerang bila di restoran.. Kalau kat umah memang sangat takda masalah..
Last-last semua guna skill masing-masing makan kerang itu.. Tergelak kecil dalam hati masa tuh.. Kui3..


Bila dah selesai santapan itu kami pun ambil peluang bergambar bergambar bergambar dan terus bergambar.. Ternampak pulak si uncle seeker, tapi aku harap dia tak kan perasan yang kitorang nak mintak sign atau tangkap gambar dia.. Persolan nya, Cantik ke dia?? Hahhaha

So si adik-adik dan kawan mereka kata nak layan bola jap, so aku hantar la pergi ke Restoran RosMerah untuk diorang layan bola.. Aku dan si dia singgah rumah aku jap, mintak restu bakal Mak Mertua konon nya.. Kui3.. Sempat lagi Emak aku bungkus kan keropok lekor untuk si dia.. Itu la sikap Emak aku, akan memang ada saja bungkusan untuk si dia tiap kali aku bertemu nya.. Tak kira la kecil atau besar, tapi yang kelakar nya Emak aku akan mintak kuih raya dari si dia bila mejelang hari raya.. kelakar kan mak saya.. Tapi memang tiap-tiap tahun memang tak miss lagi si dia akan buat kan kuih untuk Emak saya.. Tapi tahun nih tak tau lah macam mana.. Huhuhu..

Hari itu la perjumpaan kali terakhir aku dengan si dia sebelum si dia pergi ke KL.. Dan hari ni saat ini si dia dah pun berada jauh.. Huhuhu.. Tapi aku taknak la bersedih sebab perkara itu bukan la perkara buruk, aku percaya pada konsep jodoh dan takdir.. Apa yang aku mampu buat adalah setia.. Bak kata Imran Ajmain 'Kerana setia yang mencipta bahagiamu'.. Huhuhu..

p/s: Biar jauh, biar dekat, asal hati tak tergugat!!

Saturday 28 January 2012

Pendiam VS Penyombong.??

Senang atau susah bagi seseorang untuk memulakan bicara adalah bergantung pada tahap keyakinan dan juga topik perbualan nya..

Terus terang aku katakan yang aku agak sukar atau lebih tepat lagi memang tak akan bercakap dengan seseorang pada pertemuan kali pertama.. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai sombong.. Atau pun pendiam??

Nah di sini aku nak simpulkan pandangan aku tentang hal pendiam VS penyombong nih..

Kenapa orang pendiam ni diam adalah sebab:

1) Takda apa-apa benda nak cakap - Selalu terjadi bila berjumpa orang yang tak pernah dikenali.. (kalau aku dua tiga puluh kali jumpa pun boleh senyap wat-wat bebal hahhaa)

2) Mahukan pihak yang lagi satu yang mulakan dulu - Orang jenis ni selalu nya memang nak borak tapi malu-malu kuceng..

3) Mulut berbau - Kes ni sadis tapi memang betul-betul boleh berlaku..

4) Takda mood nak berkata-kata - Mungkin masih bersedih teringatkan nasib Maya Karin pada awalan cerita Berembak Berindu.. Atau teringat akan Hamster dan Arnab di rumah..

5) Tak sekepala - Nah ini jenis aku!! Kalau jumpa yang sekepala gegak gempita dunia jadi nya..

No Enam baru je berlaku pada aku minggu ni...

6) Terdiam sekejap je - Tertengok peserta-peserta-peserta dan peserta Satu Pertandingan Jenaka musim entah ke berapa entah yang tak mengundang sedikit jenaka pun..

7) Takut salah cakap - Daripada cakap topik yang entah apa-apa entah lebih baik senyap kan..

Dan akhir sekali merangkap paling baik dari zahir nya, tapi paling dalam luka batin nya..

8) Tak dapat mencelah - Terlalu setia mendengar cerita-cerita kawan sampai membuat diri tak bercakap dek kerana tak dapat mencelah.. Opss~




“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

p/s: suka lagu Kak Melah diam-diam jatuh cinta!!

Thursday 26 January 2012

Sumpahan Protege Ramlah Ram???


Sedap ke suara aku sampai nak jadi protege Kak Melah kita nih? Ada kawan aku kata aku dah la suara tak sedap, lirik bersepah pulak tu.. Tapi aku ni cekal kan jugak hati tetap nyanyi depan kawan-kawan aku.. Bukan apa penghibur la kata kan.. Hahaha Dah aku jenis ceria pagi petang siang malam, nak buat macam mana kan.?? 

Bukan nak cerita pasal Kak Melah atau cerita pasal Mentor TV3, tapi nak cerita pasal Cikgu.. Hahaha.. 

Nak tau cikgu apa meh sini meh aku cerita meh..

Dalam banyak-banyak subjek masa sekolah dulu subjek apa paling korang tak suka sekali? If the next class subjek tu je korang mesti meroyan rasa nak telan panadol sepapan.. Kalau tanya kat aku mesti lah jawapan nya subjek Bahasa... Tak kira la Melayu ke Inggeris ke Arab ke semua tu susah bagi aku.. Maybe aku dilahirkan untuk Matematik kot.. Hahaha.. 

Suka mengira kata nya.. Sampai tiap kali pergi sekolah aku TERkira tiang elektrik sepanjang-panjang jalan dari rumah aku sampai ke sekolah.. Hah betapa taksub nya aku dengan nombor.. Pergi sekolah kira sebelah kanan, balik sekolah kira sebelah kiri.. Bosan kira tiang aku kira kereta kancil.. Bosan kira kancil maka aku pon ponteng sekolah.. Sebab terlalu bosan pergi sekolah.. Ops~

Berbalik pada subjek Bahasa yang aku tak suka tu, kali ni aku tak perlu belajar bahasa lagi dah TAPI kena mengajar Bahasa.. Ohohoi Tawaran yang paling kelakar pernah menggeletek aku.. Can u imagine that seorang yang tak suka Bahasa kena mengajar Bahasa.. Memang lingkup la pelajar tuh.. Tapi aku terima jugak tawaran tu sebab aku nak bayar bulanan mini Lambogini aku ni.. Kui3.. 













Apa yang aku alami masa mengajar taklah seteruk apa yang aku fikirkan.. Tapi agak sukar jugak la bila kena mengajar orang bukan melayu ni.. Sorang itik sorang ayam, Tapi kena bercakap dalam bahasa kucing.. Hah begitu la perumpamaan paling sesuai nak gambarkan situasi aku masa tu.. Tapi kenangan itu akan selalu ada dalam hati!! 

p/s: Pasang angan-angan nak honeymoon kat Korea >_<

Friday 6 January 2012

Cinta Oh Cinta 3

Disambung lagi..

Ada yang berminat ke baca entry cinta oh cinta yang meleret nih? Huhu.. Hope korang semua (macam ramai je) dapat ambil iktibar dari leretan cinta oh cinta ni okey.. Bukan jiwang sangat pun entry nih.. Hehehe..

Mula-mula dah cerita pasal Metafora sebuah kisah cinta dengan guna perkataan bunga kumbang tangkai dan baja.. Haish Mana la ada lagi kes macam tu zaman sekarang serba canggih nih.. Ke ada terjadi kat korang, GF korang cakap dia bunga @ BF korang cakap dia kumbang?? Kalau ada sila kongsikan pengalaman korang okey kat sini.. Hehe..

Cinta monyet dan bla bla bla..








 

Okey kita mulai..

Hah sekarang kita bercerita hal dewasa sikit.. Bukan yang tu lah.. Haish korang nih.. Hahaha.. Otak siapa yang kuning.. Aku ke korang?? Tett abaikan..

Bila dewasa sikit mestilah kita bercakap tentang jodoh kan.. Almaklumlah umur meningkat, gaji berkepok, takkan nak hidup solo lagi.. Lagi-lagi lelaki bujang, sampai bila nak makan nasi bujang, minum air bujang dan tidur kat tilam bujang kan..

Ada lah aku tengok video ceramah nih, pasal tips cari jodoh.. Mesti korang pun tahu jugak nih..


Salah satunya.....
-Kalau nak cari si Penghafaz Quran - pergi la ke kelas hafazan
-Kalau nak cari Pakar ekonomi - korang masuk la kelas ekonomi sama..
Dan macam-macam lagi la..

Tapi zaman sekarang cari jodoh kat internet je.. Bukan aku nak cakap cari kat internet ni tak bagus.. Mana tahu diorang online sementara tunggu Azan.. Hehehe.. Tapi Kebarangkalian korang dapat pasangan yang baik di tempat yang baik adalah lebih tinggi jika nak bandingkan kat internet nih.. Diulangi yer, Kebarangkalian korang dapat pasangan yang baik di tempat yang baik adalah lebih tinggi jika nak bandingkan kat internet nih..
Tapi mungkin jugak kebarangkalian ni boleh berubah bila ramai yang hipokrit di luar sana.. Ala-ala talam banyak muka la.. Hahaha Opss larikk~


Aku tertarik kat kata-kata nih....

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

Korang faham apa yang aku faham tentang ayat tu? Meh aku buat sinopsis sikit.. Kalau salah betulkan yer..

- Selalu nya pertanyaan seseorang itu melambangkan pemikirannya.. Sebab apa yang dia fikir itulah yang dia akan tanya.. Dari situ kita boleh nampak kan.. Nak bagi contoh ke? Haish malas lah..

-Adab ni pulak macam kereta la.. Kalau bersih, kita nampak cantiknya.. TAPI kalau kotor, kita nampak la buruknya.. (suka hati aku je sama kan dengan kereta.. muahaha..)

-Jawapan-jawapannya pulak membawa maksud kita tak boleh dengar dari jawapan-jawapan nya sahaja kerana sesetengah orang yang berniat jahat nih akan memberi jawapan yang telah bersalut DUSTA.. Haish ini sungguh bahaya!!

p/s:Kan sekarang kecoh pasal Awang Hitam.. Kesian yang nama nya Awang.. Dan kesian jugak pada aku yang Hitam..

-TAMAT-

Cinta Oh Cinta 2



Disambung..

Aku bukan lah pakar sangat nak bercerita pasal cinta ni.. Tapi bagi aku bercinta tu biar lah berpada-pada.. Lagi-lagi yang perempuan, kalau BF korang cakap I LOVE U ganda 26 ke, ganda 2 ratus 2 puluh 6 ke.. Toksah la percaya sangat.. Lagi-lagi kalau BF korang tu baru tingkatan Lima.. Hahaha..

Cinta Monyet VS Cinta Sejati..

Semua orang tau apa itu cinta monyet.. Iaitu bercinta pada usia muda, sekolah rendah lagi dah pandai cinta-cinta bagai.. Cakap pun tak betul lagi dah pandai ngaku ada BF...





"Eh taklah.. BF adik nama dia Faiz, bukan Naim lah.!"

Skrip di atas ni benar-benar pernah aku dengar sendiri.. Lepas dengar rasa nak pitam kejap.. Huhuhu..


Aku tak pasti la korang pernah bercinta zaman sekolah aka cinta monyet ke tak.. Tapi yang pasti aku pernah mengalami nya.. Hehehe.. Kantoi~

Tapi itu dulu.. Zaman jepun kot.. Haha.. Sekarang on the way ke arah yang lebih matang.. InsyaAllah...

Memang aku tak nafi kan ada keburukan dalam cinta monyet ni, tapi itu bergantung pada individu masing-masing la untuk bertindak..

Contoh-contoh tindakan yang tak wajar adalah seperti..

1) Bergayut berjam-jam di telefon lamanya..
2) Bermesej berjam-jam dengan banyaknya tanpa henti..
3) Berangan kahwin dapat anak ramai-ramai la kononnya nanti..
4) Bergaduh dengan kaum sejenis untuk rebut kaum bukan sejenis.. (bahasa mudahnya: berebut BF/GF la..)
5) Tweet sana VS post sini.. Bukan tak pernah jumpa pun..
Dan bermacam-macam lagi la..

Kalau la cinta monyet tu dimanfaatkan untuk...

1) Belajar bersama-sama iaitu bukan berdua.. Kalau bersama berdua boleh timbul fitnah kesudahannya..
2) Peransang jiwa untuk berjaya demi menjamin masa depan diri, keluarga dan juga pasangan.. Tanam dalam diri bahawasanya yang kita sebagai lelaki kena sara anak orang.. Itu kalau lelaki la, kalau perempuan, I have no idea..
3) Bertukar-tukar idealogi supaya otak mantap cekap dan... dan.. dan.. Err mana la tau nak lawan pidato ke kan... Hahaha..

Hah terbukti* lebih banyak keburukkan daripada kebaikan cinta monyet ni..

Cinta sejati yang aku kejar sekarang ni adalah cinta sejati kepadaNya.. Tiada yang sejati melainkan cintaNya.. Harap korang semua temui cinta sejati korang yer.. Sama-sama kita doakan..

*terbukti berdasarkan artikel ini.

p/s: Selain mengejar cinta sejati itu, aku rasa dan berharap tulang rusuk kiri yang aku jumpa pada tahun 2003 itu MILIKku..

Tapi ni kisah cinta kanak-kanak.. Kisah hal cinta dewasa plak??????????
Bersambung lagi.... Ke?





Wednesday 4 January 2012

Cinta Oh Cinta..



Dinda:"Kanda oo kanda, kalau dinda jadi bunga.. Kanda nak jadi apa?" kata dinda kepada kanda nya..

Kanda:"Susah nya soalan tu dinda.." Sambil kerut-kerutkan dahinya.. "Hah kalau dinda jadi bunga mesti la kanda jadi baja nya.." kata si kanda dengan muka bersungguh..

Dinda:"Kanda ni tak sporting la.. Ada ka patut jadi baja pulak, jadi la kumbang ke, tangkai nya ke.. Huh" rajuk si dinda konon nya minta di pujuk..

Dengan selamba Si Kanda pun menjawab..

Kanda:"Dinda tau tak kalau kanda jadi kumbang, kumbang tu hanya tahu hisap madu bunga nya saja.. Dan kalau Kanda jadi tangkai nya pula, selalu nya bunga akan layu sebelum tangkai nya.. Sebab tu Kanda pilih jadi baja yang akan menyuburkan bunga walaupun dia terpaksa hanyut di tanah penuh pasir di akar si bunga.." terang si Kanda dengan panjang lebar..

Dinda:"Hihihi"

Walaupun cerita ni tak berapa logik, aku harap korang faham apa isi yang apa aku nak sampaikan.. Bukan apa zaman sekarang ni macam-macam kes rumahtangga yang kita dengar di dada-dada akhbar.. Tu belum kes anak dara lari ikut lelaki.. Haish macam-macam..

Sambil fikir nak taip apa lagi, aku terdengar satu jeritan mak aku...

"Acaddddddd.. Kau wat apa dalam bilik tuh.. Nak Pukul Satu nih.. Amek adik kau sana... Beli sayur sekali!!"

Haish potong stim plak Mak aku nih...

"Siap kau Noi" kata aku kepada diri aku......
Sambil ketawa kenapa la aku buat entry Cinta Oh Cinta nih.. Hahahahha

Bersambung.....

p/s: Suka giler dengar lagu Berdua Bersatu..

Telinga Mata Dan Juga Mulut

Pagi ni macam biasa aku bukak FB, syok punya syok baca status kawan-kawan ternampak plak ada seseorang ni post satu link yang memburukkan seseorang yang lain.. Nak kata diorang tu kawan.. TAK MUNGKIN la kan, silap haribulan jumpa pun tak pernah.. Bukan nak bercerita pasal erti persahatan la kan kat sini hahaha.. Tapi aku hairan macam mana dia dapat keberanian nak kutuk seseorang.. Siap nak mem'bangang'kan dan lain-lain kat orang .. Hebat dia nih.. Agak nya terlebih makan ubat confident kot.. Masalah nya ada ke jual ubat confident?? haha

Masa tu macam nak komen jugak la kat post dia tu.. Tapi takpe lah, mungkin lain kali aje.. Atau aku post balik entry ni kat wall dia nanti.. >_< Kann..

Tapi apa kena mengena cerita si budak ni dengan tajuk kali ni.. Tak dapat agak ke? Macam ni la.. Telinga kan untuk mendengar, Mata untuk melihat dan Mulut untuk bercakap.. Ketiga-tiga ni penting dalam komunikasi sehala atau pun dua hala.. Tak dapat tangkap lagi? Haish korang nih..

Gini...

Siah:"Atan tau Atan, si 'sendu' tu mengandung, padahal belum nikah lagi, kesian kat mak dia" kata Siah pada Atan setelah nampak si'sendu' jemur kain dengan perut boyot..

Atan:"La yeker Senah pun cakap dia buncit, ish apa nak jadi la dengan budak tu" sambil geleng kepala macam la Atan bagus sangat..

Siah:"Tulah pasal.."



Selepas beberapa minit...

Atan:"Kau tau Peah, Si'sendu' anak si Joyah Kelabu tu ngandung anak luar nikah ish ish ish" geleng lagi..
 
Peah:"Pale hotak kau dia ngandung.!! Dia buncit sebab dah lama nganggur la, aritu dia tanya aku macam mana nak kurus.. Minggu depan dia nak mula kerja.. Hish Ko nih..."
 
Atan: "Lah yeker.. Hihi" sambil tersengih tahan segan..
  • Semua watak dan jalan cerita adalah ciptaan sendiri, tiada kena mengena dengan pemilik nama tersebut..


Hah ni la nama nya penyampaian maklumat yang salah.. Maklumat yang diterima tak cukup sahih untuk Atan sampai kan kepada orang lain.. Kalau la Atan siasat atau tengok dulu keadaan si'sendu' tu dengan mata kepala Atan sendiri mesti tak jadi kes macam nih kan.. Itu la penting nya deria mata nih.. Jangan asik dengar cerita orang, kalau dengar je takpe, ni siap percaya lagi dengan kata-kata orang.. Bertambah buruk keadaan bila Atan bercerita tentang benda yang Atan sendiri tak pernah lihat kat orang lain.. 

Melalui pendengaran iaitu menggunakan TELINGA memang bagus, TAPI akan menjadi lebih bagus kalau di sokong dengan menggunakan penglihatan iaitu menggunakan MATA, jika sahih seperti apa yang di dengar baru la boleh berita itu disampaikan dengan MULUT.. Itu pun dengan niat, iaitu untuk membawa kebaikan bersama.. Kalau tak, DIAM je lah.. 

Ada satu pepatah berbunyi 
"Buka Mata Pasang Telinga,Tutup Mulut Simpan Dihati".. 

Maksud: Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut.

p/s: Aku pun tak cukup baik lagi tentang hal sampai menyampai nih hihi...

Tuesday 3 January 2012

Rumput yang meng'kurus'kan..

Seriusly bagi aku tahun 2011 banyak sangat benda yang tak best berlaku.. Bukan nak salahkan takdir, bukan nak salahkanNya.. Tapi aku nak salahkan diri sendiri - yang TING TONG nih.. Dulu dah elok-elok ada kerja, boleh plak fikir tak puas nganggur.. Bila dah nganggur baru la terfikir best nya kerja, boleh guna duit gaji tengok wayang selalu.. hahahaha.. Skang ni nak tengok wayang pun kena catu.. Tu belum fikir PTPTpu lagi tuh.. huhu adik aku plak tak sudah-sudah dengan dialog paling sadis di dalam dunia pengangguran ni.. "JELASKAN PTPTN ANDA".. Nak sepak, sayang.. Tak sepak plak aku yang sentap..!! Dalam pada sengkek tahap miskin tegar ni, tapi perut muncit jugak.. hahhaa Mana tak nya bangun pagi tinggal makan je.. Haish.. Nasib mak aku la dapat anak macam aku tahun 2011..

Tapi tahun 2012 harap-harap menjadi la aku nih.. Bukan apa tak sanggup dah tengok perut ala-ala ikan buntal aka liquid paper nih.. MUNCIT aka BOROI.. Dulu slim tak ingat dunia, makan banyak pun tetap kerengga.. Metabolisma tinggi katanya.. Mana yang mulut jahat diorang kata bela hantu raya.. Sentap hati ini..!! TAPI tahun 2011 ni la penyebab nya.. Hahahaha salah kan tahun 2011 plak, mana ada salahkan, cuma nak bagitau mula tahun 2011 la makan je tembam, makan je buncit, makan je tidur.. hahahah Kalau badan jadi sasa, otot ketul-ketul siapa yang taknak kan.. Tapi ketul nya satu je, kat perut.. Sampai adik aku kata "KURUS NYA DIA.. SAMPAI NAMPAK TULANG..!!" kata nya sambil menepuk one pack abang dia nih.. Walaupun kecik, mulut dia berbisa hahahhaha.. Dah abang pon sama opsss... Sayang kau Noi..
Bukan azam nak kurus la, tapi nak aktif je.. Taknak tidur melampau, enjoy terlampau.. At the same time boleh kurus apa, Victoria Beckham pun kurus pasal urus anak-anak tau, walhal benda tu orang tak pandang, dok sibuk senam, pergi gym la bagai..

Tips:

  • Padahal baca buku sambil goyang kaki ala-ala mesin OGAWA boleh kurus kan bahagian kaki apa..
  • Cuci kereta dengan penuh semangat walaupun kereta memang sedia kilat pun boleh kurus kan bahagian lengan apa..
  • Bertegang urat bercerita pasal martabat ke pasal sinetron ke pastu senyum sorang-sorang boleh buat muka kita exercise tau.. VVV kata nya.. hahaha

So lepas ni kita nak buat sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh supaya dapat manfaat dua dalam satu, pakej tak ternilai.. Pasni kalau ada yang praktis then tak berjaya jangan cari aku yer..

Dengan semangat yang baru, tahun ni aku nampak pelik skit.. Orang lain nganggur tanam anggur, tapi aku nak tanam RUMPUT.. hahaha rumput karpet.. Memandang kan rumah aku yang laman nya perlukan rumput yang banyak dan perlu di selenggara tiap bulan.. Di tambah pula aku yang tak reti nak guna mesin rumput nih, maka

Di suatu pasaraya

Aku : "Abah, apa kata kita beli benih rumput karpet nih.." kata ku sambil buat muka kagum bijaksana..
Abah : "Ok.." muka selamba..
Aku : "Kalau depan rumah kita semua rumput ni kan best" sambung ku sambil sengih..
Abah : "Berapa harga tu?"
Aku : "RM13 je" sengih lagi...
Abah : "Okey kau bayar"
Aku : ?????????

Walaupun abah tu abah aku, tapi kata-kata dia serupa 2 kali 5 macam adik aku.. Tapi hati Cun..

Then hari ni aku try tanam rumput tuh.. Eeee tak sabar nak tunggu rumput tu hidup, harap-harap menjadi supaya tahun ni tak macam tahun lepas penuh dengan malang, malang yang berbau..

Sekurang-kurang nya ada jugak menda nak dibuat selain belai Bulat ngan Noneng (hamster) dan bagi makan ikan laga... Kui3... Mana tau boleh kurus sebab bongkok-bongkok tengok rumput.. muahahahah Benih ni kena siram dua kali sehari dan harus dibajai..


Selamat mencuba..

Monday 2 January 2012

Permulaan 2012 - Sehangat ayam punya tuhh..!!

Bermulanya tahun 2012 rasanya mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan la, dah lama bebenar tak menulis, apetah lagi menaip muahahaha.. Chewaaa.. Bercerita pasal tahun baru ni la kan.. Lazim nya setiap orang akan ada azam baru, tak kira lah sama ada tercapai atau tidak itu bergantung pada individu itu masing-masing kan.. Dulu penah cakap dalam hati, tahun ni mesti kena jadi budak lagi baik dari tahun lepas, tapi sampai sekarang tak jadi budak baik lagi, so azam tu akan dibawa ke tahun-tahun yang akan datang.. haha.. sampai tercapai.. klakar plak bila fikir balik.. Bukan azam tu yang kelakar.. Tapi sikap aku ni yang buat aku tergelak..





































Dulu pernah la konon nya nak pakai dairi, dengan semangat cakap kat diri sendiri "aku nak guna diari ni..!!".. Tapi tak sampai pun seminggu aku kemana, diari tu pun entah kemana.. Yang pelik nya tiap-tiap tahun beli diari, dan tiap-tiap tahun jugak lah diari tu lesap.. Kalau jumpa pun adik aku dah 'guna', bukan guna untuk dia tulis tapi dia wat CONTENG.. Nak marah tak boleh sebab dia kankecik lagi.. Dalam hati tetap sentap walaupun tak guna diari tu.. Blog pun macam tu jugak, sampai bersawang tak pernah nya nak update.. hahaha


Tapi....

Dengan semangat baru, azam baru tahun ni.. Aku cuba untuk pastikan blog ni tak sunyi dengan peng'update'an nya..


Kalau la ada orang tanya kenapa la tajuk blog ni 'Dunia tanpa DAKWAT'? Adakah penulis ni kekwat? hahaha Sebenarnya dunia tanpa dakwat ni macam laptop OR pc korang la, mana ada guna pen ke LUNA ke stabilo ke.. TAPI semua nya guna PIXEL dan jugak BITMAP je.. Sok pandai kejap.. haha

Salam perkenalan semua........